★★ APA YANG ADA DALAM BONET KERETA ★★

Assalaamualaikum semua.

Kereta ni dah jadi macam kabinet kasut cheq dah. Kat bahagian dalam mesti ada sepasang sandal dan kasut kerja. Cheq tak berapa nak suka drive kereta pakai kasut kerja sebab tumitnya tinggi, susah nak adjust tekan minyak kereta. Rasanya dalam kereta orang perempuan mesti ada sandal / kasut lebih dalam kereta kannn...




Bukan setakat dalam kereta, dalam bonet kereta cheq pun penuh dengan kasut. Ada kasut sukan, kasut kawad dan kasut operasi. Semuanya cheq punya. Sebelum ni cheq simpan dalam ofis ja semuanya, tapi masalah pulak kalau cheq terlambat, kasut pulak kat ofis.

Selain dari kasut-kasut tu, ada tikar dan kerusi kecil yang boleh dilipat. Kami sekeluarga ni suka lepak-lepak kat tepi airport. Hampar tikar konon bayangkan berpiknik la. Paperbag ni standby untuk beli barang kat kedai kalau hari takdak plastik. Mesti ada air spare dan sedikit peralatan memperbaiki untuk kecemasan walaupun cheq tak reti satu apa pun pasal kereta, hehehe... Lastnya, WAJIB ada payung, bukan satu tapi dua. Sediakan payung sebelum hujan bak kata pepatah.








13 comments:

  1. haha..memang kalau keta pompuan macam-macam ada kat bonet..wana pun selalu ada spare sandal dalam keta..payung pun harus ada..

    ReplyDelete
  2. biasa laa kereta perempuan.. Eyda kalau kereta auto ok pakai kasut tinggi ke apa jenis kasut pun.. kalau kereta manual memang akan masalah untuk tekan pedal semua tuh.. payung semestinya, kan sekarang musim hujan..

    ReplyDelete
  3. hehe.. biasalah tu mama, pompuan katakan.

    ReplyDelete
  4. bonet kete Fida pulak penuh dgn botol air..pastu spanar..kasut tu ada 2 jer..
    hahaha
    dah mcm mekanik kan..hehehe

    ReplyDelete
  5. kete org lelaki pn kdg2 ada kasut diorg dlm kete.. sebabnya mudah kalau nk tukar... just like my brother...hehehe sis rumah kakak sy dpn airport jer.. rajin jgk p sana tapi biasanya lapak dkt kfc airport dgn anak2 buah... sbb kakak xbagi duk brtenggek dkt luar or tepi paggar 2...bahaya katanya.. hehehe

    ReplyDelete
  6. sama dengan yan jek ni... macam2 ada dlm bonet keta...

    ReplyDelete
  7. Kereta tu dah macam rumah kedua kita kan...

    ReplyDelete
  8. kenaa ada botol air lak tu -:)

    ReplyDelete
  9. bonet kta kecik aida?
    hu hu hu takde kasut, takde payung, takde selipar.
    bonet kecik. aida dok hempuk buku, fail, woven bags utk shopping (kempen tanpa plastik kan)...
    bila mr.asben nak guna kta kecik aida, kelam kabut kemas ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. Ala, xde kereta lagi..so, xde barang2 ni..haha..tapi Cik Mimie rasa kaut tu memang wajib ada lebih..hehe :)

    ReplyDelete
  11. bonet kita pon mcm almari bergerak hahaahahahahahah

    ReplyDelete
  12. Kereta abg dulu xada barang tu sekarang ada ekin ada jah barang dlm kereta tu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.