BELA KUCING MAINAN PUN JADI LA

Hai semua...


Selamat berhari minggu. Hari minggu ni cheq sekeluarga duk kat rumah ja. Takdak planning nak pergi mana-mana pun. Hanya buat kerja rutin harian di rumah.


Dah lama Diyanah mintak nak bela kucing. Masa duk kampung haritu, hari-hari dia ikut kucing mak, dukung dan belai kucing tu.

Cheq tak berapa minat sangat nak bela kucing ni. Takut tak dapat bagi komitmen kat dia, tak pasai-pasai cheq dapat dosa. Lagipun anak sulung cheq, Dinah takutkan kucing.

Semalam, saja ja keluar makan angin kat uptown tengah bandar. Diyanah nampak kucing mainan ni, terus pegang tak lepas. 

Sambil makan pun boleh tengok kucing. Asalkan kucing tu
berbunyi dan kaki menguit-guit

Tercapai jugak hasrat dia nak bela kucing bila husband cheq belikan seekor untuk dia. Bonus untuk Damia sekali dapat jugak seekor.





Bangun pagi ni terus cari kucing dia. Senang sangat nak jaga kucing ni. Tak payah bagi makan, takyah cuci. Cuma tukar bateri baru ja kalau dah bunyi meleret-leret tu.

Selamat berhujung minggu~~




PEMILIK AKAUN MAYBANK DIMINTA BERHATI-HATI DAN BERWASPADA

Assalamualaikum



Kuala Lumpur : Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan Spoofing.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam. 

Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.
Saspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa, katanya.

Mangsa kemudian akan panik dan saspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan platform voice internet protocil (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP, katanya.

Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sendiket yang menyamar sebagai pegawaii BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.

Beliau berkata, pegawai palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kredit mangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan. - Metro

Makin mudah orang cari duit. Sayangnya otak yang cerdik macamni disalah gunakan. Semoga kita tak tergolong menjadi mangsa mereka-mereka ini.




GARY EX-RUNNING MAN DAH KAHWIN


Assalamualaikum semua....

Sesiapa yang minat dengan rancangan Korea iaitu Running Man mesti kenal dengan Kang Gary. Tapi gary telah meninggalkan program ni sejak tahun lepas lagi. Cheq adalah salah seorang yang terkejut dan kecewa apabila dengar berita yang dia akan meninggalkan pasukan RM ni.

Sejak semalam, dah heboh pasal Gary dah berkahwin. Cheq sebagai salah seorang pengikutnya di Instagram pun dah baca statusnya itu. Tak kisahlah dia nak berkahwin dengan sesiapa pun, asalkan dia bahagia. Walaupun cheq sangat suka bila Gary berpasangan dengan Ji Hyo (Monday couple)






Nampaknya Gary pun dah berkahwin dan berbahagia dengan orang yang tercinta. Mungkin lepas ni Kwang Soo atau Jong Kok atau Ji Hyo akan mengikut jejak Gary.

Peace Yoooo...

ENERGY CUBE - NESTLE MILO

Assalamualaikum semua...💖💖💖

Pagini kat tempat kerja cheq ada latihan jasmani iaitu larian 2.4 kilometer. Bila dah lama tak lari tu, semputnya lain macam ja. Ni pun dah terasa sakit dan sengal-sengal kat betis dan peha. 

Sebenarnya bukan nak cerita pasal ni pun. Nak bagitau pasal satu produk terbaru daripada Milo. Mungkin dah ada yang rasa dah tapi cheq baru nak cuba.




Cheq beli dengan kerani kat sini ja dengan harga RM40. Tak taulah murah ke mahal ke. Dalam sepaket tu ada 100 kiub kecil milo ni. Sambil buat kerja, sambil makan. Tengok dah tinggal separuh paket dah. Sebab sedap sangat tu yang asyik ulang makan tu.


Memang bertenaga balik lepas makan kiub milo ni. Maklumlah pagi tadi lari jauh sangat, banyak tenaga yang guna. Sesuai sangat dengan nama produknya, Energi Cube. Cuma nak pesan, lepas makan ni kena minum air kosong banyak, sebab manis milo ni melekat dalam mulut.

Chiowww... 


REWARD UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum 💖💖💖

Semenjak masuk kerja ni, rasa macam tak cukup nafas. Nak mulakan rutin harian macam biasa nampak gayanya kena ambik masa jugak. Dah mula start hari-hari hantaq dan ambik anak sekolah.

Bila dah penat kerja, kumpul duit teringin plak nak tukar telefon baru. Belek punya belek kat kedai telefon, jatuh cinta pulak dengan model yang terbaru ni. Walaupun nak beli guna duit sendiri, tapi cheq tetap mintak pandangan cheq suami jugak. Dah dipersetujui, maka telefon ni bertukar menjadi hak milik cheq.




Selain dapat aksesori yang biasa tu, cheq jugak dapat percuma powerbank jenama Pineng (20000mph) dan bluetoooth earphone.



Dah lama cheq pakai telefon jenama Samsung ni. Telefon pertama yang cheq beli adalah memang dari jenama Samsung cuma setahun lebih ni ja, cheq cuba pakai telefon jenama Oppo dan Vivo.

Rasa puas hati dapat beli benda yang kita nak dengan duit kita sendiri. Lepas ni nak beli apapun kena kumpul duit sendiri.

Segmen Blogwalking Janji Kita



Assalamualaikum 💖💖💖

klik banner untuk join


Jom ramai-ramai memeriahkan segmen ni sebelum terlambat. Tarikh tutup 05/04/2017.

ANAK SAUDARA BARU


Assalamualaikum 💖💖💖

Alhamdulillah, semalam dapat lagi seorang anak saudara. Anak saudara cheq yang ke-14, dan juga cucu tok AniNot yang ke-17.

Yang syoknya baby baru ni berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan Damia iaitu 1 April. Damia keluar jam 7.58 malam, baby boy ni keluar jam 11 malam dengan seberat 3.68 kilogram.



Ini adalah anak kelima bagi kakak cheq yang kedua. Termasuk baby baru ni, depa laki bini ada 5 orang anak laki. Ingatkan yang bongsu ni baby pompuan tapi keluaq baby boy jugak. Tak kisah, yang penting baby dan mak baby selamat.

Haritu masa cheq cuti kat kampung, kakak cheq tak beranak lagi. Dah ni, bila plak cheq boleh balik tengok baby baru ni. Syoknya nak cium bau baby.

SAMBUTAN HARI LAHIR DAMIA

Assalamualaikum 💖💖💖

Nur Damia Farhanah bt Halim dilahirkan pada 1/4/2013 jam 7.58 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Jadinya semalam adalah ulangtahun kelahirannya yang ke-4 tahun. Alhamdulillah, Damia membesar dengan sihat dan semakin cerdik. 

Pada mulanya rancang nak sambut besday Damia kat school ja tapi besday Damia jatuh hari minggu. So, sambut kat rumah ja. Pada sebelah siangnya, cheq dan husband tunaikan permintaan dia untuk main dalam Kidszone di Aeon Mall. Dah lama sangat berjanji nak bawa dia, so semalam baru ada kelapangan. Hambik kau, nak dekat 3 jam dalam tu. Kakak ngan adik pun tumpang main jugak.




On the way balik tu, singgah kat Secret Recipe untuk beli kek besday. Memang bagi Damia yang pilihkan kek. Tapi takdak yang berkenan kat hati dia. Dia nak kek yang ada gambar kartun pulak. Kat situ takdak, jadi terpaksa pergi ke kedai lain. Akhirnya jumpa jugak kek yang dia berkenaan, kek spam biasa ja yang ada gambar Mickey Mouse. Mama dan abah dah offer kek mahal, dia nak cari yang murah. Ikut mu la, Damia.









Upacara potong kek buat kat rumah ja. Hanya disambut kami sekeluarga. Yang penting besday girl happy.

TAHNIAH, NORA DANISH DAN SHARNAAZ AHMAD

Assalamualaikum 💖💖💖

Bermula dari cuti sekolah sampailah ke hujung bulan Mac ni ramai yang mendirikan masjid. Cheq dulu pun nikah bulan Mac jugak.



Selamat pengantin baru buat Nora Danish dan Nadim Nazri. Setelah bertahun-tahun menyulam cinta, akhirnya pada tanggal 30.3.2017 mereka twlah disatukan dalam majlis pernikahan secara tertutup. Nora sah menjadi isteri kepada Nadim dengan dua lafaz nikah. Ini adalah pernikahan yang kedua bagi kedua-dua mempelai.



Aktor Sharnaaz Ahmad selamat bergelar suami kepada Noor Nabila (Kakak kepada Neelofa) semalam (31.3.2017). Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel Chulan, Damansara itu dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.



Tahniah buat kedua-dua pasangan. Memang cheq ternanti-nantikan hari bahagia depa ni. Sama cantik sama padan, bak kata pepatah "bagaikan pinang dibelah dia". Semoga kedua-dua pasangan hidup aman bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua pasangan.