ENERGY CUBE - NESTLE MILO

Assalamualaikum semua...💖💖💖

Pagini kat tempat kerja cheq ada latihan jasmani iaitu larian 2.4 kilometer. Bila dah lama tak lari tu, semputnya lain macam ja. Ni pun dah terasa sakit dan sengal-sengal kat betis dan peha. 

Sebenarnya bukan nak cerita pasal ni pun. Nak bagitau pasal satu produk terbaru daripada Milo. Mungkin dah ada yang rasa dah tapi cheq baru nak cuba.




Cheq beli dengan kerani kat sini ja dengan harga RM40. Tak taulah murah ke mahal ke. Dalam sepaket tu ada 100 kiub kecil milo ni. Sambil buat kerja, sambil makan. Tengok dah tinggal separuh paket dah. Sebab sedap sangat tu yang asyik ulang makan tu.


Memang bertenaga balik lepas makan kiub milo ni. Maklumlah pagi tadi lari jauh sangat, banyak tenaga yang guna. Sesuai sangat dengan nama produknya, Energi Cube. Cuma nak pesan, lepas makan ni kena minum air kosong banyak, sebab manis milo ni melekat dalam mulut.

Chiowww... 


7 comments:

  1. 0o0ooo.. untuk dimakan begitu saja rupenye.. mati2 ingat utk dibuat air.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. HUuu uu x pernah makan lagiii tapi kat kedai ada jual ke ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kat kedai ada ka dak. Tak pernah nampak lagi

      Delete
  3. kalau kat rumah mau sehari dah habis ni
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. viral gak milo kenit ni.
    hmmm so far tak beli lagi sebab tak jumpa lagi tukang jual.
    teringin nak merasa.

    ReplyDelete
  5. sy ada jual 1pack @100cube rm35

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.