Segmen : Zaman Persekolahan

Entri ni adalah sticky post sebab cheq adalah salah seorang sponsor segmen ni.
Jom join beramai-ramai dan support sesama blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Segmen pertama untuk bulan Disember ni.
Dah 15 tahun cheq tinggalkan alam persekolahan.
So, boleh kira sendiri la umur cheq, hehehe




Kalau ikutkan gambar diatas, gaya cheq lebih kurang yang nombor 7 tu.
Macam tu la rupa cheq kalau dalam kelas, monyok jer.
Tambah-tambah pulak denga mata pelajaran yanng cheq tak minat.
Kepala otak duk pikir nak keluar kelas.
Cheq memang jarang ada dalam kelas sebab komitmen tugas sebagai pengawas sekolah dan juga pengerusi Persatuan Seni.
Kadang-kadang kalau takdak hal pun, cheq akan cari idea takmau masuk kelas.
Kalau pelajaran Sains, memang cheq tak akan sampai ke makmal.
Selalunya cheq and the gang akan melepak di bilik seni sebab cheq ada akses kunci untuk bilik tu.
Duduk la kami the gang dalam tu sampai habis waktu.
Zaman dulu-dulu takdak la ponteng kelas keluar merayau-rayau kat shopping mall, sekadar sembunyi dalam kelas jugak, hahahah.
So, adik-adik sekalian jangan ikut perangai buruk akak ni yer...
peace yawww !!!

SEGMEN BLOGLIST 2015 BY SITI YANG MENAIP

Klik banner untuk join

Simple Giveaway by Licha

Klik banner untuk join

Tarikh tutup : 2 Jan 2015

Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia





Syarat penyertaan :-

1. Terbuka pada semua blogger lelaki dan perempuan dan bermastautin di Malaysia

2. Follow blog :

3Follow Instagram :

4. Like Page


5Follow twitter :

6. Add To Circle Google+ Munirah Izzan

7. Buat satu entry yang bertajuk Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com.

8. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

9. Tinggalkan URL entri penyertaan anda ke dalam ruangan komen entri ini.

10Share status di wall facebook anda mengandungi URL entri penyertaan.

11. Pemenang dipilih menggunakan random.org dan akan diumumkan pada 09/01/2015. (Jumlah pemenang belum ditentukan kerana hadiah mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa)

Semoga berjaya. 

Selamat tinggal memori 2014.. 


Semoga kehadiran tahun baru 2015 bakal membuka lembaran baru yang lebih bermakna buat kita semua...



1st Giveaway by Mass-Naim


Syarat-syaratnya sangat simple

>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.

>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 

>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.

>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "

>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.

>> Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.

>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org

>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.

Senarai hadiah :

** Cathy Choo 24k Active White Gold
Top Referral - 1 x Pemenang

** Shawl
3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga

** Topup RM5
2 x Pemenang Saguhati

Mari join beramai-ramai (^_^)

So, Good Luck semua =)

Alhamdulillah

Setelah 4 hari berendam dalam air banjir, semalam air dah surut.
Seksanya hanya Allah yang tahu.
Walaupun keadaan cheq tak seteruk mangsa-mangsa lain.
Masih ada rumah sendiri untuk berteduh.
Cuma bekalan elektrik dan air bersih yang tiada.



Ada hikmah jugak berlakunya banjir ni. 
Kalau sebelum ni kami penghuni blok ni akan berjumpa time pagi nak pergi kerja.
Itu pun sekadar angkat kening dan senyum ja.
Sepanjang banjir ni, kitaorang boleh berkumpul dan cari inisiatif nak keluar redah banjir cari stok makanan.
Beli lilin, pakat kongsi ramai-ramai.
Beli pinggan/cawan polisterine bahagikan sama banyak.
Tolong angkut air naik untuk penghuni yang lebih tua.
Dapat mengeratkan sillaturahim dan bantu-membantu.

Alhamdulillah...

Year End Giveaway by Ftintsha

Klik banner untuk join

Tarikh tutup : 3 Jan 2015

Tiada Tanda Surut

Update live banjir 
26.12.14 @ 1430 hrs

Kalau sebelum ni cheq adalah salah seorang penyelamat.
Tapi sejak semalam keluarga cheq dah jadi mangsa banjir.
Kawasan perumahan cheq ni adalah salah satu tempat paling tinggi dalam Kota Bharu ni.
Tapi sejak pagi semalam, air dah mula masuk ke kawasan ni 

Sekarang ni kawasan cheq ni dah terputus hubungan.
Air di luar dah paras pinggang.
Bekalan elektrik dan air dah diputuskan.
Stok bekalan makanan yang ada ni pun tak tahu nak bertahan lama mana.

View daripada tingkat 4
Taman di sebelah air dah nak mencecah bumbung rumah.
Kereta-kereta penduduk sekeliling yang menumpang di
sini pun dah mula ditenggelami air termasuk la
kereta cheq.


Doakan yang terbaik buat kami di Pantai Timur.

Bantu Selagi Mampu

Assalamualaikum semua.
Harini cheq bekerja dalam keadaan yang sibuk sekali.
3 buah telefon berbunyi serentak, tak menang tangan nak angkat.
Semuanya nak tahu perkembangan banjir dan meminta bantuan.

Disebabkan cuti panjang sempena krismas, ramai yang nak balik bercuti di Kelantan.
Masing-masing telefon bertanyakan jalan yang boleh dilalui.
Nak ja cheq tak bagi diaorang balik, sebab keadaan banjir yang semakin membimbangkan ni.

Ramai jugak yang telefon minta bantuan untuk berpindah di saat-saat kritikal.
Sebenarnya ramai yang taknak berpindah walaupun telah dinasihatkan.
Disebab sayangkan harta benda dan ada juga yang kata dah biasa dengan banjir.
Sanggup naik berteduh di rumah tingkat dua.
Tak sampai setengah jam, diaorang telefon balik minta bantuan untuk berpindah keluar.
Air sangat cepat naik hingga ke tingkat 2.
Walaupun keadaan dah semakin sukar, bantuan tetap sampai.

Paling sedih bila terima panggilan daripada sanak-saudara mangsa yang terkandas di Kuala Krai.
Menangis-nangis minta sanak-saudara diaorang diselamatkan.
Memang di sana keadaan teruk sangat, pusat pemindahan banjir pun dah dinaiki air sehingga 2 tingkat.
Mangsa-mangsa terpaksa naik ke atas bumbung dan lari ke atas bukit.
Terputus semua perhubungan. Sampai balai polis pun ditenggelami air.

Memang menguji kesabaran dan jiwa raga cheq bertugas harini.
Pada yang memang betul-betul dalam kesusahan, kita hantarkan bantuan.
Pada yang saja main-main tu memang cheq bantai cukup-cukup.
Habis ternganga anak-anak buah tengok cheq mengamuk dalam telefon tadi.
Hilang kesabaran kejap.
Cheq yang pada mulanya control cakap baku, pun dah tak boleh nak teruskan.
Keluaq jugak loghat kedah.
Rupanya penat sangat control cakap ni.

Ini adalah amanat daripada ketua polis daerah kota bharu.

SITUASI BANJIR DI KOTA BHARU - 24/12/14
Saya ACP Rohaimi B. Md Isa sebagai Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan ingin memberi NASIHAT KESELAMATAN semasa bencana banjir seperti berikut :-
Berpindah SEGERA ke pusat pemindahan banjir khasnya pada waktu siang dan terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai.
Patuh kepada arahan dan nasihat pasukan keselamatan untuk berpindah dengan kadar segera sekiranya dimaklumkan sedemikian.
Siapkan dokumen-dokumen penting dan barangan berharga di suatu tempat agar mudah dibawa bersama dengan segera apabila diperlukan.
Jangan tunggu sehingga air naik ke paras bahaya sehingga sukar untuk diselamatkan.
Jangan letak kenderaan di kiri dan kanan jalanraya sehingga menghalang kenderaan pasukan penyelamat sampai ke kawasan bantuan banjir. Susun dengan teliti di sebelah bahu jalan sahaja.
Jika anda perlukan sebarang bantuan kecemasan banjir, sila hubungi Pusat Kawalan Bencana Banjir Polis IPD Kota Bharu seperti berikut :-
09-7752262 (IPD Kota Bharu)
09-7455728 (IPK Kelantan)
Tuan/Puan yang menerima mesej saya ini, DIBENARKAN untuk menyebarkan NASIHAT KESELAMATAN ini sebagai peringatan kepada semua ahli masyarakat dan keluarga, khasnya dalam kawasan daerah / jajahan Kota Bharu tanpa sebarang penambahan / pindaan di buat.
Harap maklum dan TERIMA KASIH.

(ROHAIMI B. MD ISA) ACP
Ketua Polis Daerah 
Kota Bharu

#maklumat terkini : dijangka air akan terus naik dan semua penduduk diminta untuk bersiap-sedia berpindah sekiranya diminta berbuat demikian. Kawasan Pintu Geng, Baung dan Pengkalan Chepa akan dinaiki air malam ni. Kawasan bandar di hadapan Pasar Siti Khatijah dah naik air separas betis. Pray For Pantai Timur.

Hadapan Pasar Siti Khatijah


Bersedia

Assalamualaikum....
Dah mula bersawang blog cheq ni, lamanya tak menaip entry baru.
Bukannya takde cerita baru tapi kerana kekangan masa.
Sekarang ni tengah busy dengan keadaan banjir di Kelantan.
Jadual kerja pun dah berubah, sekarang ni dah tak tentu masa dah.

Dijangkakan banjir ini akan berlarutan dan akan masuk gelombang ke 3.
Walaupun dah berkurangan mangsa di pusat pemindahan tetapi paras air di sungai semakin naik.
Takut akan berpindah semula ke pusat pemindahan.
Jikalau empangan Perga di Jeli dibuka, tak mustahil bandar Kota Bharu pun akan ditenggelami air. 
Kena bersedia la dari sekarang.

Sungai Kelantan - Rumah pelampung dah nak
naik atas jalan.
Tok Aman Bali

Sedih tengok mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan.
Tidur berhimpit-himpit beralaskan tikar.
Tak cukup makan minum, tak selesa.
Paling sedih bila dah balik rumah, tengok keadaan rumah berlumpur.
Semoga diorang tabah hadapi dugaan ni.

Keadaan salah satu penempatan mangsa.

Bumbung rumah yang diterbangkan angin kuat.

Simple GA: Vietnam Shawl.

Klik banner untuk join

Mari join beramai-ramai giveaway dari Dr Syikin yang baru-baru ni pergi holiday di Vietnam.
GA ni berlangsung dalam masa yang singkat, kemungkinan besar dalam tempoh 24 jam.
Jangan tunggu lama, mana tahu rezeki berpihak kepada anda.=)

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com

Klik banner untuk join

Due date : 8 Jan 2015

Gerak Khas La Sangat !!!

Jam 3 pagi.
Masih di bilik gerakan bertugas di musim banjir ni.
Perut dah lapar, mata plak mengantuk.
Kawan nak bersembang pun takdak.

Apalagi, selongkar pantri la.
Sebenarnya bukan selongkar tapi memang disediakan makan minum untuk kami yang bertugas siang malam ni.

Betapa tamaknya cheq, nak jugak kedua-duanya.
Harap-harap perut tak meragam la, esok nak kerja lagi.

Cicah biskut sambil layan tv. Nampak tak 3 biji telefon
beratur depan cheq. Kalau ketiga-tiga bunyi serentak,
memang bersimpang siur tangan ni.

Sepatutnya cheq ada pembantu tapi time ni plak la dia bercuti.
Semua benda cheq buat. Cheq kan serba boleh.(ayat nak sedapkan hati, padahal bengang habis ni.)
Bukan semua boleh buat kerja gerak khas camni.

Nak tengok running man tapi remote tv dah di concer oleh bilik sebelah.
Maklum la tv sini sub astro pinjam dari bilik sebelah.
Jadi tengok ja la apa yang orang bukak.

Lambatnya pukul 8 pagi.


Aku Berkuasa !!!


Di sekolah zaman cheq dulu.
Inilah kuasa yang paling besar untuk seorang ketua kelas atau pengawas.

"Siapa bising, aku tulis nama kat papan hitam!!!"

Zaman anak-anak kita sekarang ni camna plak ye???

Giveaway: Wanna win 2 Piece of Ruffle Shawls by Naomie? Join Now!!

Klik banner untuk join

tarikh tamat : 20 Disember 2014

1st Giveaway by Ibu Zarith

Marilah ramai-ramai join, mana tahu ada rezeki dapat hadiah utama.


Klik banner untuk join


Soalan Video 1 :
Berapakah umur bayi semasa beliau dilahirkan?
Jawapan :
32 minggu.

Soalan Video 2 :
Nyatakan pada minit keberapakah si suami terkejut dan sebut "Syukri?"
Jawapan :
Pada 00.49 saat.

Soalan Video 3 :
Apakah yang dicadangkan oleh doctor kepada Puan Sylvia Yong?
Jawapan :
Doktor telah mencadangkan Puan Sylvia Yong untuk memberikan supplement serta multivitamin untuk membantu anak nya yang mengalami penurunan berat badan dan masalah picky eater.

Mangsa tag :

Tarikh tamat : 31 Disember 2014

POTLUCK DAN ZUMBA DANCE

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Ni cerita semalam punya. Ada buat potluck kat ofis.
Pada mulanya ada anak buah ni, bujang lagi. Emak dia kirim daging salai dari noghori nun.
Jadi dia nak masak la jamu kengkawan kat sini disebabkan ramai jugak yang tak pernah try makan daging salai ni. Tertanya-tanya macamana rupanya.
Cheq dulu jenuh makan masak lemak cili api masa duk kat Mantin.

Dah alang-alang nak buat makan jadi kitaorang pun pakat-pakat masak bawak ke opis.
Cheq ambil part yang senang ja, masak sayur dan cari ulam.
Alhamdulillah, dapat jimat duit makan tengahari selain dapat merapatkan sillaturahim antara kami seopis ni. 

Habis semuanya, licin. Paling sedap pencuci mulutnya. Ada
cheese gitu

Elok sangat lah lepas kenyang makan tengahari, sebelah petangnya ada sesi senamrobik.
Boleh la bakar-bakar lemak yang terkumpul dalam badan ni.
Kali ni kitaorang menari zumba.
Rasa macam nak patah pinggang bergelek..

Cikgu-cikgu yang bersemangat waja. Jadi kitaorang kat
bawah ni lagi la bersemangat.

Berpakaian merah sesuai dengan semangat nak keluarkan peluh.
Seperti biasa la, kalau bab-bab gini cheq akan berada di barisan hadapan sekali.
Kena la tunjuk muka dan kehadiran tu sikit.
Memang rasa lebih segar bila dah selesai berzumba ni. 
Bergelen-gelen peluh keluar rasanya.
Next week, aktiviti berkawad plak. Itupun kalau cuaca mengizikanlah.

\Kena la bagi balance antara kerja dan aktiviti sosial gini. 
Barulah suasana kerja tu jadi seronok.

Kalau Dia Memilih

Petang tadi kami sekeluarga jalan-jalan di KB Mall.
Cheq dan cik husband sama-sama off duty harini.
Sempat jugak la cheq tidur sekejap tadi.
Keluar tu pun sebab cheq nak beli power bank baru.
Sekarang ni asyik duk berebut dengan cik husband jer.

Yang sakit jiwanya, cheq yang nak beli tapi cik husband yang sibuk memilih.
Memilih plak tu bukannya sekejap, ambil masa yang lama.
Yang ni tak kena, yang itu tak sesuai.
Dari satu kedai ke kedai dia masuk bertanya dan belek.

Anak-anak dah mula buat perangai. 
Adik sampai tertidur atas troli.
Kakak dan baby dah siap duduk bersila.
Mama diaorang ni dah tak terkata apa dah.
Siap menjeling lagi tapi cik husband ni boleh buat-buat tak paham plak.


Lastnya langsung tak beli pun.
Tapi cheq dapatlah sepasang sandal.
Anak-anak plak dapat upah jajan ja.
Lepas ni nak pergi beli taknak ajak cik husband dah..
Cerewet yang amat sangat...

Bila ditanya kenapa cerewet sangat.
Jawapannya, dia nakkan yang terbaik untuk cheq.
Ayat nak selamatkan diri tu kut...

Dah Complete

Selesai tugas 24 jam pagi ni.
Sampai sekarang pun masih belum boleh tidur.
Balik rumah kena selesai kerja kat rumah dulu, uruskan anak-anak dan cik husband.
Utamakan rumahtangga dulu.

Nak cerita pasal persiapan sekolah.
Tahun depan kakak Dinah akan masuk darjah 2. 
Alhamdulillah, dah dapat lompat masuk ke kelas yang lebih baik.

Persiapan kakak ke sekolah dah lengkap dibeli.
Stail cheq ni jenis beli sikit-sikit.
Jumpa jer, kalau ada duit terus beli.
Kalau nak beli sekali semua, memang terasa terbang sekejap ja duit tu.

Percaya tak, baju sekolah tu harganya RM5 jer sehelai?
Pada anggapan cheq, diaorang letak harga gitu maybe kainnya nipis ke hape ke.
Bukan setakat pegang ja, siap tarik-tarik lagi kain baju sekolah tu..memang kainnya ok.
Tak pecah dan tak nipis atau jarang.
Apalagi terus sambar 3 helai.
Rasanya baju ni ada jual kat Pekan Simpang 4, Perlis ja kut.




Peralatan tulis tu beli di kedai dekat rumah cheq ja.
Beli ja terus cheq sembunyi.
Kalau tak kakak dah ambil guna dah.
Peralatan menulis ni cheq suka beli banyak-banyak sebab malas nak beli banyak kali.

Semuanya beli serba 2, takut tak sempat nak salin.
Beg sekolah jer tak beli sebab masih baru. Boleh pakai lagi.
Buku sekolah pun tunggu koperasi bukak dulu, baru boleh beli.

Rasa lega bila dah selesai awal-awal ni.
Kalau lambat-lambat nanti mesti orang ramai dan berebut-rebut.

Psssst : ada kawan blogger tanya, " kenapa kerja sampai 24 jam ?". Inilah tugas seorang penjaga keamanan negara. Terpaksa tinggalkan keluarga dan anak-anak.

24 Jam !!!

Baru berkesempatan nak taip entry pertama harini.
Nampak tak betapa busynya cheq harini.
Maklum la hari pertama bekerja, hujung tahun plak.
Macam-macam pihak atas minta.
Nak plak segera, ingatkan kita ni robot kot.
Tekan ja semuanya dapat.
Sabar ja lah...

Harini lah jugak cheq bertugas 24 jam.
Dari 8 pagi tadi sampailah 8 pagi esok.
Bermakna anak-anak cheq malam ni tidur dengan abah diaorang la.
Walaupun dah banyak kali cheq tinggalkan diaorang kat abahnya, hati ni tetap risau jugak.
Sebabnya 3 beradik tu kalau makan cheq yang akan suapkan, boleh ka abah diaorang buat gitu.
Tidur malam, baby kena susukan dengan susu badan, kompom abahnya takleh buat...hahaha

Bab makan malam cheq dah siapkan dah tengahari tadi. 
Sempat singgah pasar beli lauk.
Dah siap masak pun, tinggalkan untuk panas balik ja.
Masak masakan favourite anak-anak...sup daging + sohun + kentang.

Harap-harap malam ni takdak la kejadian-kejadian yang pelik yang akan menyebabkan cheq terpaksa tambah jam untuk bertugas.
Ni pun dah mengantuk tahap gaban dah ni.

Belanja gambar 3 beradik ni sekeping.
Dah mula rindu dengan diaorang.

Makan Sambil Main

Tengahari tadi bawak anak-anak tercinta makan tengahari di Marrybrown.
Cheq suka bawak anak-anak makan sini sebab kat sini orang tak ramai sangat singgah berbanding dengan KFC.
Senang nak kontrol diaorang tambahan cik husband takde.

Dari rumah, perjalanan hanya mengambil masa 15 minit ja.
Masuk dalam restoren jer, anak-anak dah terpa ke playground.
Dah terlupa nak order makan.
Pentingkan main lagi.

Main dulu. Orang takda, jadi playground ni diorang yang
punya.

Sambil tunggu order sampai, diaorang 3 beradik main dulu.
 Kakak dah besar dan boleh harap dah tengok-tengokkan adik-adik dia.
Si kecik ni pun turun naik gelungsur punya suka.

Favourite anak-anak. 

Kakak dan adik makan tak panggung kepala.

 Makanan dah sampai, kakak dan adik berhenti makan dulu.
Tapi si baby nak main ja.
Cheq plak usung mangkuk ikut suapkan dia. 
Tak kisah la, asalkan dia nak makan ja.

Baby lebih pentingkan main. Main sorang-sorang.


Friends Give Away – by Aina Rahim 

Klik banner untuk join

Due date : 14 Disember 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

Klik Banner Untuk Join
Tarikh tutup : 31 Disember 2014 ( 10 malam)

1st GA by Eyzamiel : BB Cream Seqy Beauty

 
http://eyzamiel.blogspot.com/2014/12/1st-ga-by-eyzamiel-bb-cream-seqy-beauty.html
klik banner untuk join


BB Cream SEgy Beauty ni selamat digunakan sebab ia mempunyai pengesahan KKM dan JAKIM dan ianya produk bumiputra.Berbeza dengan BB Krim di pasaran.. ianya lebih ringan dan best bila dipakai... x melekit.Dah banyak testimoni yang positif daripada pengguna BB Cream Seqy Beuty.

Fungsi dan Kelebihan BB Cream:  
* Sesuai untuk semua kulit 
* Menutupi cela di muka
 * Sebagai bedak asas 
* Lebih ringan dari foundation
 * Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
 * Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah    (SPF   30+)  
* Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya 
* Wajah tidak berminyak sepanjang hari 
* Berfungsi melawan sinar Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat * Melambatkan penuaan 
* Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia 

Sebotol cuma RM 55 (semenanjung) dan RM 60 (Sabah / Sarawak) Sesiapa yang beli ngan sis Eyza... dia akan bagi Free Postage dan Free Gift... dan kalau korang bagitau yang korang pembaca blog dia... dia akan up sikit hadiah yang lagi best... :) 
Untuk pertanyaan / pembelian : Whatsapp atau Mesej sahaja 013-3151382 
Instagram : izz_zara_shoppe
 email : eyzafarza@gmail.com
 
Due Date : 31 Disember 2014

Tiba-Tiba Hilang

Assalamualaikum dan salam Sabtu.

Semalam, banyak betul idea datang untuk menulis tapi bertangguh-tangguh. Pagi ni nak taip entry...tekan huruf ni salah, tekan huruf tu tak kena. Semua idea hilang begitu saja. Nampaknya dah semakin pelupa ni, al maklum la umur pun semakin meningkat.

Nampaknya harini aktivti berblogwalking melawat kawan-kawan blogger dan menyertai sebanyak mungkin GA dan segmen...macam banyak jer tak join lagi. So, jangan la ada yang termuntah baca entry cheq berkenaan GA dan segmen ja harini.

Anak-anak pun masih tidur lagi. Semalam tidur lewat menunggu cheq habis kerja. Cheq sampai rumah pukul 2 pagi tengok depa 3 beradik masih bersuka ria. Cik husband dah terlentok atas sofa. Alasannya anak-anak tak puas main lagi. Setakat ni, laptop ni masih cheq yang control sementara depa tak bangun tidur lagi. Dah bangun nanti, sah-sah laptop ni jadi rebutan.



CPUV Kembali Rancak


Secara tiba-tiba makin rancak pula CPUV Campaigns daripada Nuffnang ini berada di blog cheq. Rezeki berblog, siapa yang sangka? Walaupun blog tidak berupdate sentiasa disebabkan kekangan kerja hakiki dan juga musim cuti sekolah sekarang ni.

Cheq pun malas nak update satu-satu iklan nuffnang ni jadi cheq kumpulkan sekali semuanya. Mudah-mudahan ia membiak dengan jayanya.

Old Town White Coffee


Lactacyd : Malay Millenium


Marigold UH


Rakuten September Super Sale


Marigold UHT Milk (PC)


Maybank #ILove

Thank you Nuffnang sebab masih lagi memberikan satu dua ketoi CPUV untuk cheq buat tabungan untuk bershopping nanti. kawan-kawan semua bila nampak iklan cheq duk menari-nari tu jangan lupa klik-klik naaa...








Liebster Award Tagged By Cik Mimie


Hampir terlupa nak menjawab soalan liebster dari Cik Mimie ni. 
Soalan dah draf berkurun tapi belum sempat nak jawab.
Kini tibalah masanya cheq jawab soalan-soalannya.




1. Dalam sehari berapa entry korang update dalam blog ?
Terpulang...kalau ada idea, banyak la entry ditulis. Kadang-kadang yang membanyakkannnya tu sebab join GA dan segmen.

2. Biasa korang online blog dekat mana ?
Kat rumah la. Senang nak terlentang sambil update blog..heheheh

3. Sudah berapa lama korang terlibat dalam dunia blogging ni ?
Start menulis 10 Julai 2014. Baru 5 bulan lebih...kalau baby merangkak pun tak boleh lagi.

4. Kenapa pilih untuk menjadi seorang blogger ?
Pada mulanya suka membaca ja. Lastnya boleh terjebak nak menulis kisah-kisah diri, keluarga yang tak berapa nak best ni.

5. Nyatakan kebaikan dan keburukan berblogging ?
Kebaikannya dapat ramai kawan. Terasa macam dah lama kawan walaupun tak pernah bersua.
Keburukannya terleka berblog dan menangguh-nangguh kerja.

6. Berikan 3 ciri-ciri blog yang korang suka singgah.
Cepat loading, tak berat
Tuan punya blog mesra alam
Blog yang cantik, sedap mata memandang.

7. Korang lebih suka komen entry atau tinggalkan jejak dekat shoutbox ?
Kedua-duanya sekali. 

8. Apa pendapat korang tentang blog Cik Mimie ?
Blog Cik Mimie ada ciri-ciri blog yang akak suka singgah. Comel macam tuannya jugak XD

9. Perlu ke Cik Mimie ubah mana-mana bahagian dalam blog Cik Mimie ?
Tak payah dah. Nanti terlebih comel dari blog akak plak...heheheh

10. Ada tak apa-apa yang korang nak begitahu dekat Cik Mimie ?
Nanti kawin jangan lupa jemput yer....

11. Soalan Cik Mimie susah ke senang ?
Senang macam makan kacang kuda.
Kalau makan kacang tanah, susah plak nak kena kupas kulit...hehehe

Maaf lah Cik Mimie yer, akak terlambat nak menjawab soalan ni. harap-harap Cik Mimie puas hati lah dengan jawapan akak ni. Kalau ada salah-silap, potong markah jer...jangan marah