SELAMAT TAHUN BARU 2020

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...dah hari ke-4 kita berada di dalam tahun 2020. Berakhir sudah 365 hari yang kita lalui dalam tahun 2019. Banyak kenangan manis pahit yang dilalui sepanjang tahun 2019 lepas.



Kumpulan Kata Kata Mutiara Bijak Ucapan Selamat Tahun Baru ...


Antara peritiwa yang cheq tak boleh lupa dalam tahun 2019 adalah pada tarikh 2 November cheq kehilangan satu-satunya tok @ nenek cheq. Tok meninggal dalam tidur dan hanya di sedari pada jam 5 pagi oleh makngah. Tok meninggal di Kuala Lumpur dan alhamdulillah pengebumian tok berjalan lancar walaupun ramai sanak saudara tak sempat tengok tok sebelum dikebumikan. Hilang sudah tok cheq sorang ni. Kalau balik kampung wajib pi rumah tok. Time kecik-kecik dulu kalau cuti sekolah, cheq akan tidur rumah tok. Tok yang akan ajar cheq dan budak-budak kampung mengaji A-Quran malam-malam. Yang paling cheq ingat bahulu dengan cucuq onde-onde yang tok buat. Takkan cheq lupakan.


Tahun lepas selain cerita sedih ada juga berita gembira iaitu cheq dah dapat cucu. Dah naik pangkat jadi tokteh. Walaupun cucu menakan, tetap cucu cheq jugak dan cicit pertama bagi makayah cheq. Paling mudah nak ingat birthday cucu cheq ni, sama dengan hari kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos. Baru sekali balik tengok cucu ni, time tu dia asyik tidur ja. Entah bila plak tokteh dapat balik tengok cucu boy ni.

Selain tu, anak sulung cheq Kakak juga ambik UPSR tahun lepas. Cheq ni sampai ambil cuti time dia periksa tu. Punya teruja anak nak periksa. Hujung tahun lepas juga keputusan UPSR keluar, alhamdulillah tak sangka dapat keputusan sebegitu baik sebab cheq tahu kemampuan Kakak jadi tak lah target tinggi keputusannya.

Ikutkan banyak lagi kenangan di tahun 2019 yang lalu tapi jari dah malas nak menaip. Antara kenangan tu cheq berdebar time temuduga, ayah masuk hospital, 3 orang anak saudara kena sengat dengan tebuan, suami naik pangkat, Damia kena buli, cikgu maki adik dan macam-macam lagi. Kalau boleh semua kenangan ni cheq nak ingat sampai bila-bila. Cumanya perkara baik kita jadikan teladan yang jahat jadikan sempadan.