TETAMU MELETOPS BULAN JUN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Berakhir sudah bulan Jun, selamat datang bulan Julai. Nampaknya macam cheq rajin sikit nak update blog cheq dalam bulan Jun ni. Berblogwalking pun sekadar termampu.

Alhamdulillah masih ada jugak kawan-kawan yang sudi singgah dan meninggalkan jejak kat blog cheq. Insyaallah, cheq akan kunjung kembali ke blog kawan-kawan semua.

Kat bawah ni adalah senarai tetamu meletops yang sudi berkunjung ke blog cheq bagi bulan Jun ni.


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada kawan-kawan semua yang sudi singgah sini walaupun hanya sekadar silent reader, cheq sangat-sangat menghargainya.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

MASIH DAPAT KAD RAYA



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hari Khamis lepas adalah hari terakhir cheq bekerja sebelum cuti nak sambut raya. So, sebelum nak cuti tu, cheq make sure la ofis cheq tu mesti dalam keadaan kemas. Susun semula fail-fail yang berterabur, tutup semua suis dan buang mana yang tak perlu. Dah selesai kemas, nak balik dah ni, siap kunci pintu ofis dah...terlintas nak check kat box surat cheq.

Duk meraba dalam box tu, terpegang kertas keras. Tarik keluar, rupa-rupanya ada kat raya. Tak tahu dah berapa lama duk kat dalam box tu. Ingatkan tahun ni cheq tak dapat dah kad raya, rupanya masih ada yang sudi kirimkan kad raya untuk cheq.


Terima kasih diucapkan kepada blogger cantik manis Azlinda Alin dan kak Kahty R'bain yang sudi kirim kad raya kat cheq ni. Mintak maaf la baru dapat tahu kad raya tu tersimpan dalam box tu. Kalau cheq tak check, mungkin 4 kali raya nanti baru jumpa.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

TAZKIRAH JUMAAT


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tazkirah Jumaat : Dari Abu Hurairah RA katanya. Rasulullah SAW bersabar : ' Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurang sedikit pun dari pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya sama dosa semisal orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka sama sekali.' (HR Ibnu Majah) 


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹