CUTI RAYA SUAMI ISTERI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Dua hari lagi kita nak sambut raya. Cheq pulak dah start cuti sejak hari Jumaat lepas. Hajat dihati nak balik berbuka puasa dan sambut raya di kampung. Nampaknya hajat cheq tu kena tunda la.



Cheq dan husband kerja di bawah kementerian yang sama tapi berlainan bos. Ikutkan memang tahun ni turn kami cuti raya, tapi apakan daya, ada orang potong line tengah husband cheq plak. Terima ja la dengan redha walaupun dah berbakul-bakul kata cacian dah keluar. 

Insyaallah, raya ke 3 baru bergerak balik ke Perlis. Biskut-biskut raya yang cheq beli untuk mak cheq kat kampung tu terpaksalah dirasmikan kat sini. Sedih tu memang sedih, bertambah sedih tengok blok cheq dah sunyi sepi.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

BEG PUN NAK RAYA JUGAK

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semalam lepas buka puasa, sesaja jalan kat uptown tengah bandar. Memang takdak niat nak beli apa pun. Tapi bila dah nampak macam-macam benda tu, timbullah pulak niat nak membeli.

Salah satunya niat nak beli beg untuk raya. Teringin jugak cheq nak guna beg yang kecik comel. Boleh kepit kat ketiak atau galas kat tangan ja. Tapi bila dah memilih, beg yang besar juga jadi pilihan hati.



Mungkin disebabkan cheq ada anak kecik. Senang nak sumbat segalanya macam pampers, tisu basah, botol susu, baju salin kalau bertandang rumah sedara musim raya nanti. Dulu cheq pernah ada beg tangan kecil, jadinya beli persalinan anak asing, dahnya asyik tertinggal sebab terlupa bawak banyak beg.

Dengar macam berat ja sebab nak masukkan semua benda. Takpa, lagipun bukannya nak kena galas beg tu sepanjang masa. Memang sesuai beg besar ni untuk cheq yang senang lupa ni.

Ada kelemahan jugak beg besar ni. Masalahnya nanti kalau nak cari keronsang ka, kunci ka..mesti kena punggah keluar dulu semua barang, baru boleh jumpa. Hehehe..

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

SELAMAT HARI LAHIR AYAHNDA KU TERSAYANG



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Harini 2 Julai 2016, genap umur ayah cheq 65 tahun. Malam tadi, adik-beradik cheq dah berkumpul, siap sediakan kek besday untuk ayah. Maafkan anakmu ini sebab tak dapat nak hadirkan diri. Anakmu ni jauh diperantauan. Insyaallah, raya nanti kita bersua.



Selamat hari lahir ayah. Semoga ayah panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki  dan dilindung oleh Allah SWT sentiasa. Kami semua anak menantu dan cucu-cucu sentiasa mendoakan yang terbaik buat ayah dan Mak. Sayang ayah dan Mak selamanya. Forever and ever. Tiada siapa yang dapat menggantikan ayah dan Mak cheq. Muahhh...




~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~