PENGUMUMAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Kalau nampak wajah di dalam televisyen, mesti dah tahu dia nak kata apa.

Kalau time budak-budak dulu dah berebut duk depan televisyen. Tahu pulak duk diam, siap tahan nafas lagi.

Saya pemegang mohor-mohor besar dengan ini mengumumkan Hari Raya Aidilfitri 2016 jatuh pada hari Rabu 06/07/2016.



Dikesempatan ini, cheq mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan blogger dimana jua berada. 

Sepuluh jari dihulurkan tanda memohon kemaafan sekiranya ada yang terguris hati dengan kata-kata, perbuatan atau penulisan cheq ni.

Kepada yang dalam perjalan balik ke kampung halaman, semoga sampai dengan selamat dan selamat bercuti.

Kepada yang tak dapat cuti dan kena bekerja di pagi raya, redha dan kerja dengan ikhlas.

0 - 0

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

STATEMENT PALING BODOH ABAD INI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sementara menunggu waktu berbuka ni, sempat la cheq skodeng cerita kat facebook. Ternampak satu status yang dibuat oleh seorang menteri yang membuat hati cheq mendidih naik 100 °c.

Gambar dan nama terpaksa dipadamkan demi
menjaga keselamatan beliau.

Universiti mana dia belajaq ni? Boleh dia compare penggunaan minyak kereta dengan gaji. Padahal penggunaan minyak kereta tu bergantung jenis kereta ngan jarak perjalanan. Cheq ni naik kereta kecil ja, sebulan spend lebih kurang RM 200++ untuk minyak ja.

Maybe dia pikiaq minyak seliter masih 25 sen kot. Dimana pemikirannya masih tersekat di tahun 1940. Lu pikirlah sendiri.


~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

RAMBUT RAYA



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Persiapan raya untuk anak-anak dah lengkap. Sekarang ni tunggu nak raya ja lagi. Kalau sebelum ni rambut masing-masing, Dinah, Diyanah dan Damia dah kusut-masai, yang tertutup mata, rambut macam helmet dah. Tambahan Damia langsung takmau sikat rambut. 

Sebelum rambut dipotong

Jadinya, abah depa jalankan operasi bawak depa 3 beradik pergi kedai gunting rambut. Baiknya depa ni, memang tak takut nak gunting rambut, tak takut bunyi mesin rambut. Masing-masing offer diri nak jadi orang pertama gunting rambut.


Selepas rambut dipotong.

Cheq memang puas hati gaya rambut 3 beradik ni. Untie kedai gunting rambut ni pun dah tahu macamana kehendak kali. Damia pun nampak bertambah tembam bila berambut pendek ni.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~