12 SYAWAL - KEMBALI BERTUGAS



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Selesai percutian kami sekeluarga selama 16 hari. Harini 12 Syawal, cheq dan husband dah mula masuk kerja. Anak-anak pun dah mula masuk sekolah dan taska. 

Disebabkan cuti lama, anak-anak punyalah liat nak bangun pagi. Akibatnya, sampai sekolah dan opis lambat.



Sampai kat ofis, suasana hari raya tu masih ada. Kuih raya pun duk ada lagi atas meja. Nampaknya masih ada lagi yang bercuti raya.

Azam cheq sempena masuk ofis lepas raya ni adalah nak buat kerja tanpa bertangguh-tangguh lagi dan yang paling penting, cheq nak diet. Raya haritu makan tak ingat-ingat.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

KAD PENGENALAN BOLEH JADI KAD TOUCH N GO

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Rupa-rupanya kad pengenalan kita boleh jadi kad TOUCH N' GO jugak. Dah bertahun-tahun cheq pegang kad pengenalan, baru cheq tau ada banyak kegunaannya. 

Al-kisahnya, yang cheq boleh tau tu sebabnya semalam kami sekeluarga nak balik ke Kelantan dan guna plaza tol Jitra. Nak masuk highway PLUS kena bayar RM1.60. Husband cheq dah siap sedia dengan duit nak bayaq. Sampai kat pondok tol, budak jaga tol tu takmau terima, katanya kena guna kad TNG. 

Sebelum ni memang ada kad tu tapi sebab duk Kelantan, takdak highway jadi memang la tak guna. Dah punggah beg duit cari kad tu untuk tambah nilai. Macam biasa la kalau dah kelam kabut duk mencari tu, dengan berderet kereta kat belakang lagi, memang tak jumpa. Budak jaga tol tu mintak kad pengenalan husband cheq, katanya boleh guna jugak dan tambah nilai RM10.



Kihkihkih, terasa macam blur sekejap. Dah bertambah maju Malaysia ni. Kami laki bini ja masih duk kat bawah tempurung. Belek kad pengenalan, rupanya kat bahagian belakang kad tu memang ada tercetak TNG. Mudahlah lepas ni, just bawak kad pengenalan ja, tak payah guna banyak-banyak kad. 

Terima kasih kad pengenalan kerana memudahkan kerja kami. Alhamdulillah, kami sekeluarga pun dah selamat sampai di Kelantan.


~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

BERTAMBAH KOLEKSI TUPPERWARE




السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setiap tahun, bagi petugas-petugas yang menjaga keselamatan negara yang tak dapat cuti raya, akan diberikan satu bekas biskut raya oleh kerajaan negeri. Tahun ni cheq tak dapat sebab cheq dapat cuti walaupun tak balik beraya di kampung. Sob,sob...  Husband cheq layak dapat sebab tak cuti lagi.



Walaupun dalamnya tak seberapa, tapi sedikit sebanyak dapat mengubat duka tak dapat bercuti raya. Cheq pulak suka kumpul bekas biskut ni. Tahun ni lain pulak patternnya. Dibuatnya ruang-ruang kecik di dalamnya. Sesuai untuk diletakkan pelbagai lauk.

Terima kasih Menteri Besar Kelantan dan staf kerajaan negeri atas sumbangan biskut raya ni dan menambahkan koleksi tupperware cheq ni. Walaupun jenamanya bukan Tupperware.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~