Lesen Memandu Hilang

Assalamualaikum semua.

Cuti 3 hari yang lepas, cheq sibuk selongkar rumah cari lesen memandu cheq. Entah hilang ke mana pun tak tahu. Sejak bila hilang pun cheq tak sedar. Almaklumlah, lesen memandu tu tak pernah pun keluarkan dari beg duit. Asyik-asyik guna kad bank ja.

Yang cheq sedar hilangnya bila si kecik Damia tengah kerjakan beg duit cheq. Habis semua dia keluarkan. Dah bercampur aduk dengan mainan diaorang. Rasanya time tu lah hilang sebabnya lepas tu cheq pakai kaut ja mainan diaorang dan buang. Rasanya terlekat sekali dengan lesen memandu cheq tu.

Semalam cheq dah pergi JPJ tapi offline la plak. Bawak lah keta tanpa ada lesen, baru terasa takut jumpa polis atau JPJ. Harini sekali lagi pergi JPJ. Sekali masuk, orang punyalah ramai. Gara-gara sistem down semalam. 


Nak buat lesen baru. Kena isi borang dan
ambil nombor giliran. 60 orang beza nombor
tu.

Walaupun ramai orang tapi laju ja dioarang buat kerja. Cheq pun tunggu tak lama. Disebabkan lesen memandu cheq ni hilang atas kecuaian cheq sendiri, makanya tak payah buat repot polis. Kalau berkaitan jenayah seperti ragut atau kena samun, memang kena buat repot polis. Salinan kad pengenalan kena ada yer..Dan of course kena denda iaitu sebanyak RM20. Disebabkan lesen memandu cheq tu akan tamat tempoh 19 Mei ni jadi cheq terus panjangkan tempohnya untuk 2 tahun lagi.


Setengah jam dah siap lesen kita. Jumlah
kos termasuk denda RM60. 

Selamat. Dah boleh memandu dalam keadaan lega.





24 comments:

  1. alhamdulillah..siap jua..:)

    ReplyDelete
  2. cantik gambar lesen tu =)

    ReplyDelete
  3. kalau lesen hilang memang memandu dalam keadaan tak senang

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah siap juga akhirnya..

    ReplyDelete
  5. sy pnya lesin pn x p perbaharui lg.. tamat bulan 4.. huhuhu lupa bila baca nioh baru teringat...

    ReplyDelete
  6. nasib baik dah buat semula kan..klu tak susah jg... yg lama tu mesti terselit kat mainan budak2 kot...:)

    ReplyDelete
  7. uisssh...bahaya tau kak bawak keta tanpa lesen ni..bukan takut JPJ atau trafik tapi takut benda yg tak diingini berlaku..

    ReplyDelete
  8. Dia nk suruh buat baru hihhihi... tahan lasak sikit kad baru tu

    ReplyDelete
  9. NAsib baik tak kena saman time xde lesen tu.. :)

    Dapat lesen baru sudah.. heheh

    ReplyDelete
  10. Assalam ann,
    tu dia haih
    gamble drive takdop lesen naaaaaaa he3

    ReplyDelete
  11. nasib baik sekejap je eh mama.. kalau tak, jenuh sungguh la

    ReplyDelete
  12. CT ritu memandu dekat sbulan lesen tamat tempoh buat selamba..
    janji muka konfiden je kak hehehe..

    ReplyDelete
  13. adui payah ekk kalau ilang...
    aida pernah ilang ic.
    masalah nyer x perasan ic ilang.
    asben jumpa dlm dashboard kita dia. bagi kat aida.
    ha ha ha ha :)
    jadi pendtg tanpa asing tanpa disangka dan disedari...

    ReplyDelete
  14. Kadang-kadang ada jer pegawai tu yang usik.... kata lesen hilang, macam mana boleh datang sini dengan memandu sendiri....

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas info, sonang kojo den camnie..

    ReplyDelete
  16. Kalau lesen hilang atas kecuaian sendiri, nk buat lesen baru kat jpj kos memang RM 20 je ke?

    ReplyDelete
  17. Lesen hilang dan nk buat baru, jpj cas RM 20.00 je ke?

    ReplyDelete
  18. Sama lah, sib baik jumpa blog mama farhanah ni aa...tima kasih bebanyak

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak, kalau hilang atas kecuaian sendiri tak perlu buat report ke? Pastu pergi JPJ nak cakap macam mana ya?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak, kalau hilang atas kecuaian sendiri tak perlu buat report ke? Pastu pergi JPJ nak cakap macam mana ya?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum nk tny, pegi bt lesen tu kena bawa gambar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nak bawak, tapi saya scan gambar ic ja.

      Delete
  22. Kalau lesen percubaan hilang pon proses dya sama ke

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.