Tengahari tadi cheq singgah atm mesin kat tengah-tengah bandar. Awal-awal bulan dah buat temujanji dengan bank. Memang duit banyak pun kat bank tu, tapi orang lain punya. Selesai kerja, baru 2 tapak keluar dari premis tu, datang 2 orang lelaki. Sorang melayu dan sorang cina sambil galas beg dan pegang fail. Sampai kat cheq, diaorang tengok atas bawah, atas bawah terus pusing lari..pesal plak tu ...???? Haaaa....kalau nak tahu, itulah sindiket gores dan menang.
PERADUAN GORES DAN MENANG
Siapa yang tak seronok bila diberitahu memenangi hadiah yang lumayan dengan hanya menggores sekeping kertas. Itulah taktik licik sindiket penipuan bagi memperdayakan mangasa. Mangsa tidak sedar yang mereka bakal kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.
TAKTIK
1. Selalunya mangsa adalah dikalangan wanita yang mana berjalan sendirian dikawasan tumpuan seperti pasar raya dan pusat membeli belah.
2. Mangsa akan didatangi saspek dengan meminta mangsa memilih kad sedia ada yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan.
3. Selepas pilih kad dan gores, mangsa yang bernasib baik ni akan diberi pilihan untuk memilih hadiah.
4. Mangsa ni kemudiannya diminta untuk ke pejabat diaorang untuk berunding tengtang hadiah yang dimenangi.
5. Masa tu la, saspek memperdayakan mangasa dengan mengatakan hadiah tersebut tersekat di kastam, perlukan modal untuk lepas dan macam-macam lagi. Mangsa pula dengan percayanya akan keluarkan duit dan saspek sanggup menemani mangsa untuk keluarkan duit di bank.
6. Selepas dapat hadiah tu, barulah mangsa sedar yang hadiah tu tak berkualiti dan tak sepadan dengan nilai yang diberikan.
NASIHAT POLIS
1. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik oleh mana-mana pihak yang melakukan peraduan gores dan menang. JANGAN TAMAK!!!
2. Jauhi individu yang tidak dikenali yang menawarkan hadiah istimewa dengan cara mudah. TAK PAYAH TERLAMPAU RAMAH !!
3. Laporkan kegiatan gores dan menang ni kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, ,Koperasi dan Kepenggunaan.
hati2 utk diri sendiri juga..good sharing
ReplyDeleteSaling ingat-mengingati...
Deleteada pengalaman yang tersendiri bila berhadapan dengan diaorang yang promote peraduan gores dan menang ni...
ReplyDeleteKalau boleh cuba elakkan, kalau dah bersapa dengan diaorang ni memang payah nak lari dah. Diaorang akan desak sampai dapat la.
Deletelagi satu. jangan terlalu mudah percaya kat orang.
ReplyDeleteYess...totally agreed.
DeleteKene extra careful skrg ni. Mcm2 taktik nk perdayakan org skrg ni kan...
ReplyDeleteDiaorang ni ambil jalan mudah nak senang. Senang atas kesengsaraan orang lain
DeleteNice sharing... Jgn mudah terpedaya..
ReplyDeleteRambut sama hitam, dalam hati tak sapa tahu.
Deleteperaduan ni memang sudah lama kan..my parents pernah kena tipu tahun 2000..habis juga la duit dalam 1k dengan janji hadiah yang pelbagai..lepas kes tu terus hati2 sampai sekarang..
ReplyDeleteDah lama dah sis...bila kecoh, diaorang slowkan, dah reda diaorang buat balik. Takdak rezeki parents sis tu, takpa diganti dengan yg lebih baik.
Deleteade lagi ke sendiket cmni mama
ReplyDeleteheheh ayu blm pernah kene lagi la
sbb npk cm budak lagi kott
Hehehe..diaorg tak kacau org cam budak-budak ni. Selamat la muka cam budak..
Deletegood sharing, memang kena berhati2.
ReplyDeleteIye mama. Pastikan berteman, takpun ke tempat orang yang sentiasa ramai.
Deletekawan CN pernah kena, mmg kena berhati-hati
ReplyDeleteBoleh belajar daripada pengalama kawan CN tu.
Deletepermainan ni nk kaut keuntungan je..tp bijak gak orang yg buat ni, cuma x elok la..x adil kot..
ReplyDeleteNAMA AWK NAIK KAT ENTRI NI
http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/10/segmen-berani-janji-etiqa-supporters.html
Untung kepada diorang, rugi pada yang terkena.
DeleteAkak pakai uniform ea? Tu depa duk ligan. Haha. Tak serik2 depa ni
ReplyDeleteAkak pakai t-shirt berlambang ja. Maybe diaorang tengok lambang, tu yang terus lari.
Deletepernah kena kes ni huhuh..lepas tu dh x percaya
ReplyDeleteMudahnya JM percaya. Kesilapan dulu.
Deletekena berhati2 dengan peraduan gores dan menang...tak pasal2 kena tipu...syukur Diana tak pernah kena lagi Mama dan semoga kita tak mudah terpedaya...
ReplyDeleteAlhamdulillah so far tak pernah kena lagi. Kena hati2 kan zaman sekarang. Pukau lagi takut..
ReplyDeletesiapa tertipu pls call mr.khoo dia boleh tolong kan anda dapat balik duit ....
ReplyDelete0148388572