Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika kita tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang.
Maka kita boleh berbahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua.
Jika kita tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Mungkin kita lebih bahagia kerqna rezeki yang tidak dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya dia, Allah Yang Maha Adil.
Sumber dari facebook. |
betul.. kesihatan juga satu rezeki,.
ReplyDeletejemput join segmen ni.. http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html
Rezeki yang paling penting...dengan kesihatan yang baik kita dapat menjalankan ibadat, kerja dan lain-lain kan.
DeleteBetul betul, rezeki Allah sangat luas....
ReplyDeleteYup, jangan takut kalau takdak rezeki kat sini, mungkin rezeki kita kat sana.
Deletemacam pernah baca ja. hehe ^_^
ReplyDeleteSumber dari fb maaaa...hehehe
DeleteBetuull tuu kaak. ^^
ReplyDeleteSetuju...give me five...
DeleteBetul.. Xperlu nk jeles sbnrnya kn..
ReplyDeleteSetiap orang ada kekurangan dan kelebihan..
DeleteSetuju. Rezeki Allah tu luas.
ReplyDeleteSetuju jugak Sue...;-)
Deletesentiasa bersangka baik dengan Allah.. Insya Allah segalanya yang di berikan pada kita akan jadi yang terbaik
ReplyDeleteIya, perancangan Allah memang dah terbaik. Terima dengan redha..
Deletesetuju tuu mama.. rezeki tuu luas.. alhamdulilah :)
ReplyDeleteAllah takkan biarkan umatnya dalam kesusahan selagi kita taat kepadaNya.
Deletesgt setuju mama
ReplyDeleteallah bagi kite rezeki dgn pelbagai cara
cume kita yg pandai bersyukur atau tak
tak reti bersyukur, allah tarik balik rezeki tu
DeleteBetul tu. Rezeki Allah tu luas.
ReplyDeletebetul betul btul. Rezeki ada di mane mane. Dan dtg dalam pelbagai bentuk. Kite wajib bersyukur
ReplyDeletesetuju XD
ReplyDeletebetul. setuju sangat mama!
ReplyDeleterezeki ALLAH itu ada di mana-mana... janganlah merungut. maybe kita dapat cepat, maybe dapat lambat, maybe x dapat langsung tapi ALLAH ganti dengan lagi berharga..
Betul.. Rezeki dari Allah.. Hanya Allah yang tahu..
ReplyDelete