Hadir Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam kami sekeluarga attend Majlis Konvokesyen Taska dan Tadika Homalee kali ke 27. Sempena si adik Diyanah tamat pembelajaran di taska selama 4 tahun. Baru tamat taska, dah naik pentas ambil sijil. Bangga giler kami suami isteri, tu baru tamat taska...kalau dapat degree, lagi melompat apa. Ketiga-tiga anak cheq diletakkan disini.

Kali ni ketiga-tiga beradik ni ambil bahagian, si mama ngan abah duk dalam dewan dengan eenang-lenang setelah lepaskan mereka ni kat cikgu-cikgu diaorang. Datang pun awal sebab nak duk barisan depan sekali. Excited punya pasal.


Inilah adik Diyanah, susah betul nak bergambar. Sepatutnya ambik gambar dia masa atas pentas tapi dia boleh tidur plak time tu. Bila dah kejut, gamuk-gamuk plak...dahtu tak naik la pentas ambil sijil. Terkebil-kebil mama ngan abah tunggu depan pentas dengan kamera.Lain benor perangai anak no 2 ni.


Persembahan pertama si baby Damia atas pentas. Beria-ia cheq beli baju beropol-ropol untuk baby..heheheh. Cheq pun tak perasan lagu apa yang dia menarikan tu, sebab duk fokus dia menari ja. Pada mulanya risau jugak, kut naik atas pentas nangis ke,...rupa-rupanya baby ni berani, tak peduli orang ramai. Syabas mere bete..


Si kakak Dinah pun ambil bahagian jugak untuk kali ni. Lemah-gemalainya menari lagu Asmaradana. Macam cheq zaman muda-muda dulu la, kalau naik pentas ja mesti menari...hehehe. Last minit dia join group tarian ni, nasib baik dapat catchup step. Semakin berani si kakak ni, walaupun muka macam nak nangis kat atas pentas tu..


Alhamdulillah, dah selesai pun. Insyaallah, 2 tahun lagi datang sini lagi untuk konvo tadika adik dan taska baby. Tu pun kalau mama dan abah diaorang ni tak kena pindah kerja lagi. Tata..titi..tutu..



23 comments:

  1. Alala..comelnya c baby di pentas..nak cubit sket..hikhik..apapun, memang bangga bila anak kono wpun baru tasks..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama dia beria-ria beli baju ropol-ropol, budak-budak lain pakai baju biasa ja..
      hihihi

      Delete
  2. Tahniah pd semua anak mama...masing2 punya kelebihan diri msg2. Bangga dpt tgk ank naik pentas w/ pun masih di tadika. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, graduate taska pun dah ada konvo...
      time kita dulu habis tadika baru naik pentas amik sijil..
      tq Sue...;-)

      Delete
  3. wahh,turun bakat menari kat kakak dinah tu. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama depa dulu penari kabaret kat pusat latihan. Tak sangka turun kat anak-anak plak..hehehe

      Delete
  4. wah, Diyanah dah graduate lah! tahniah.. hehehe... saya x ingat gambar saya graduate dulu. adeh

    alahai.. comelnya baby Damia. >.< dia seronok agaknya orang tengok dia. hehehehe...

    wah, menari lagu asmaradana tu... tba2 rasa nak dengar gak lagu tu. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka diaorang berani nak menari atas pentas. Mama diaorang dulu, dah besar panjang baru naik pentas.

      Delete
  5. Salam singgah malam Mama...comel2 anak Mama semua...baby syok dah menari kat pentas...comel jer telatah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Diana...
      Pantang dengar muzik, mesti nak bergoyang..
      Heheheh

      Delete
  6. Tomeinya si cilik beraksi atas pentas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam berlebih-lebih plak mama siapkan dia. Orang lain pakai baju biasa-biasa ja..excited terlebih

      Delete
  7. Replies
    1. muka sorang pun tak senyum...semua ketat jer

      Delete
  8. Wahh wahh comel belaka~ dah konvo dah bebudak ni~ hihi

    ReplyDelete
  9. alolo comel2 la mereka ni.. geram. huhu

    ReplyDelete
  10. untung laa dah konvo..zmn slu kite da besar2 baru merasa konvo..hihi

    ReplyDelete
  11. Orang kate anak kedua ni mmg laen dr yg laen kan

    ReplyDelete
  12. wah bestnya.....saya pun menunggu saat ini. lambat lagi kot. Cik puteri baru 2 tahun hehe

    ReplyDelete
  13. Pndainya mereka beraksi kt pntas.. :)

    ReplyDelete
  14. Ada tengok video anak akak yang kecik dekat fb. sanggattt comel. XD hehe.

    ReplyDelete
  15. hehe. comel :)
    kecik2 dah berani. bagus r. hehe

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.