Disebabkan tak balik kampung untuk beraya, so cik husband pun ajak pergi Kuala Terengganu. Sebabnya dia nak tengok live match bolasepak antara JDT dengan Terengganu. Pada mulanya nak singgah dulu tengok anak sedara baru sambil lepak-lepak kat situ tapi diaorang dah balik Rompin untuk beraya. Cheq dah berat hati nak pergi.
Setelah dipujuk dan dipaksa oleh cik husband, ikut lah kami anak-beranak. Sampai Kuala Terengganu dah petang, terus check in hotel. Lepas maghrib, tinggal la kami anak-beranak dalam bilik hotel. Dah la tingkapnya menghala ke Kamping Cina, punya la bising dengan orang India berarak. Memang mood dah hilang.
Bilik mengadap Kampung Cina, alahai bosannya.
Anak-anak pun dah bosan, main sambil makan jajan.
Anak-anak pun nampak gaya macam boring duk dalam bilik. Habis telepon hotel dibuatnya main. Nasib baik cik husband balik bawak kambing panggang kesukaan cheq. Terubat sikit rasa marah kena tinggal lama-lama dalam bilik hotel.
Tengok tangan si kecik tu. Dia dulu yang tarik bungkusan ni.
Lepas ni memang taknak ikut dah kalau setakat kena tinggal dalam bilik hotel. Tapi tak sampai hati pulak nak biarkan cik husband drive sorang-sorang. Tengok ja la kat tv, senang cite.
Pantang jumpa cermin. Nak turun breakfast, adik dan baby belum mandi lagi.
Dah nak check out. Bye-bye terengganu, nanti kami datang lagi.
Adik tak puas hati, tak dapat naik kuda kali ni .
On the way balik, jumpa bas yang unik ni. Klasikk...
raya-raya pun ada game jugak noh.
ReplyDeletePiala Malaysia suku akhir pertama. Nak habiskan sebelum masuk tahun baru..tu yang pulun tu.
DeleteKesian mama kebosanan dok dlm bilik hotel...yg bus tu mmg kladik...first time tgk^^
ReplyDeleteTu yang taknak ikut. Kalau lepak rumah adik ipar ok lagi.... kat terengganu ja ada bas tu
Deleteheheheh rela dlm terpakse ye mama?
ReplyDeleteTerpaksa rela ikut jugak. Kang jadi apa-apa tengah jalan, cik husband sorang menyesal tak sudah...hehehe
Deletesedapnyer kambing bakar tu, mamamyja pon suka juga. hehe
ReplyDeleteSaya pun makan yang bakar ja, kalau buat gulai, sambal ke saya tak makan..;-)
Deletefirst time nampak bas tu, haha ok klasik.
ReplyDeleteSalah satu tarikan di terengganu. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik, cuma tak sempat nak pergi.
DeleteKalau xde anak mgkin suka je ikut kn..
ReplyDeleteHehehe...ikut sampai masuk stadium.
Deletekalau CN pun bosan, pernah ikut encik suami mencandat sotong, dia pegi laut, cn duk dalam bilik hotel berdua dgn anak, selamat 1 mlm jer, kalau tak mmg takmo ikot..hehe
ReplyDeleteItu lar...mati akal duk dalam bilik hotel.
DeleteKerana terpaksa aku relakan. Hehe. Lama tak singgah blog akak :)
ReplyDeleteha'a uniknya bas tu
ReplyDeletesedapnya kambing tu... lama tak makan kambing. hehehe
ReplyDelete