Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak kebelakangan ni....dalam tv, fb, watsap selalu ja tunjuk mayat-mayat yang mengerikan disebabkan excident atau dibunuh. Terbaru sekali wanita bangsa cina pecah kepala jatuh dari bangunan hospital alor setar. Sebelum tu, remaja India putus kepala akibat terbabas naik motorsikal. Yang paling sadis , badan wanita hamil hancur digilis keretapi. Masih terasa kengeriannya bila teringat gambar-gambar ni.
Sebenarnya, cheq telah didedahkan dengan kejadian-kejadian begini semasa mula masuk alam pekerjaan. 1st time ditugaskan di bilik mayat untuk melihat post-mortem ke atas seorang lelaki Indonesia yang telah dilanggar keretapi. Pada firasat cheq, mesti mayat ni hancur. Rupa-rupanya hanya kaki dia berpusing. Di situ la cheq dapat tengok doktor buat post-mortem, belah b adan check jantung, hati, paru-paru segala benda yang ada dalam badan tu la. Paling ngeri guna gergaji elektrik potong tengkorak kepala. Masih tergiang-giang lagi bunyinya. Walaupun pakai penutup hidung, bau hanyir tetap bau sampai lekat kebaju.
2nd time masuk bilik post-mortem pasal kes bunuh. Puncanya saspek telah mensolatep mulut sekali hidung mangsa, tak bagi mangsa menjerit. Akhirnya mangsa mati kekurangan oksigen. Mayat tak ngeri tapi yang ngerinya bila bos suruh amik cap jari mayat. Mayat dah lama, jadi jari-jari dah keras, susah la sikit buat kerja. Dah la pertama kali pegang mayat, terketar-ketar buat kerja. Itulah kali terakhir masuk bilik post-mortem.
Mayat yang paling ngeri saya pernah tengok, lelaki cina singapore kena tetak di kepala. Memang kepala terbelah sampai nampak tengkorak. Darah bersimbah kat jalan. Selain tu, mayat orang lemas dan orang eksiden pun cheq pernah tengok secara live.
Alhamdulillah, kesemua kejadian ni langsung tak menganggu cheq sebabnya emak pesan kalau tengok mayat mula dari kaki dulu, jangan terus tengok muka. Kalau mayat Islam, bacakan Al-fatihah untuk dia. Kalau bukan islam, baca ayat kursi untuk lindungi kita.
Ihsan dari google |
Tapi satu kejadian ni memang betul-betul menakutkan cheq. Misi mencari mayat pekerja buruh yang tertimbus dalam pasir selepas konkrit pagar runtuh menimpa diaorang. Masa jumpa tu, mangsa dah meninggal dan besi konkrit tembus ke matanya. Time tu mata dia memang tak jumpa. Lepas kejadian tu, 2,3 hari cheq takleh tidur. Pejam mata ja, bayang mayat tu terpa. Cheq dah la duk sorang-sorang kat rumah. Tengok cermin nampak bayang dia. Bawak keta rasa macam dia ada kat belakang. Tak senang hidup bila diganggu camtu. Bila dah muka pucat tak tidur barulah anak-anak buah bawa ustaz. Ustaz kata cheq kena badi mayat. Mana taknya memang cheq tengok muka mayat tu dulu, badannya masih dalam pasir. Camna nak tengok kaki. Alhamdulillah, lepas berubat dengan ustaz tu, cheq jadi macam biasa balik.
Sekarang ni, cheq dah lama tinggalkan bidang tu. Teringin nak balik ke zaman tu...??? Tak lagi, biarlah orang-orang muda yang handle kan. Zaman cheq tu dah berlalu. Hanya kenangan berharga yang tinggal.
Tak semua orang mampu hadapi pekerjaan macam mama tu..kalau wana..err, memang x bolehlah..tapi pengalaman sangat berharga walaupun mama dah tinggalkan bidang tu.^_^
ReplyDeleteTerpaksa kena kuatkan semangat, dah pilih bidang ni. Nak taknak kena ikut jugak.
DeleteMaknanya kalau nk tngok mayat , tak boleh tengok muka ehh ?
ReplyDeleteBoleh...cuma tengok dari kaki dulu baru naik ke muka. Jangan terus tengok muka ja..
DeleteTudiaa aihh. TmT dasyatt kerja akak. Lols. Seramnyaa. Kuat jiwaa btul akak ni. T.T
ReplyDeleteZaman muda-muda dulu dikna. Bos suruh ikut belajar, kalau boleh lari memang akak taknak ikut.
DeleteYa Allah mama...kuatnya semangat mama. Huhuhu sue x sekuat mama nak hadap semua tu...ooo baru tau petua tgk mayat macam tu rupanya...
ReplyDeleteTakut jugak sue...tu pun baca surah macam-macam dah.
DeleteMama kerja bahagian forensik ke dulu?
ReplyDeleteBahagian jenayah, kalau ada kes bunuh penyiasat kena masuk bilik post-mortem sekali.
Deletehaishhh ngeri nya...
ReplyDeleteorang yang kuat mental dan fizikal je sanggup nak buat kerja macam ni hari-hari..
Saya ni bukan hari-hari mengadap benda ni, kadang-kadang sebulan sekali pun payah.
Deleteseriusly mama sgt kuat..klau timm mmg idok ler..klau tgk citer ok lgi..
ReplyDeleteSekarang ni saya dah tak berapa berani. Tengok iklan seram kat tv pun dah takut.
DeleteErrrr, ngeri nya dengar kerja mama dulu. Kalau sy lah, pengsan kut. Huhu. Mama mmg kuatla blh tgk mayat hari2
ReplyDeleteTakdak sampai setiap hari. Kadang-kadang ja.
DeleteNgerinya pekerjaan tu...
ReplyDeleteDemi mencari rezeki yang halal.
DeleteNgeri jugak ni, mesti hati kuat dan tabah nak buat kerja camtu kan...
ReplyDeleteKena keraskan hati. Kalau boleh lari, memanh lari jauh-jauh.
DeleteIshh igtkan mama kerja cmtu lagi.. kalau ayu tak dpt la bygkan.. mmg xleh tgk tauuu... ishhhh... tabik kt mama
ReplyDeleteSekarang ni duk dalam opis ja.
Deletehadoi...kecut perut baca entry nih....respect betul dengan orang2 yang buat kerja2 ngeri camnih... :)
ReplyDeleteMemang respect habis dengan orang yang ngadap benda ni hari-hari. Saya yang kadang-kadang ni pun sampai muntah hijau dibuatnya.
DeleteYa allah mama scary sgt, memang mama kuat semangat lah kalau Kak
ReplyDeleteMieja dh lama pitam😂😂😂
Hahaha...tu pun saya muntah berbaldi-baldi. Berminggu-minggu tak makan daging. Nampak daging ja terbayang...
DeleteHanya org yg kuat semangat jer leh keje cam nie, kaalu dpt kat saya, takpe lah terima kasih ...
ReplyDeleteMaybe masa tu saya muda remaja lagi. Nak try semuanya, tu yang semangat semacam ja. Ada juga rasa macam nak berhenti separuh jalan ja.
Deleteargh..kalau sis J mmg x berani..x mampu nk buat semua tu...
ReplyDeleteseronok jugak laa mamafar ada pengalaman macam ni :)
ReplyDeleteehh kalau kite, mmg dah tak kuat lahhh
ReplyDeletebaru tau nak tengok mayat camne. ish mesti seram kan kak. bagus r ada pengalaman. boleh buat buku.
ReplyDelete