Xtvt Hari Ini : Loom Band

Sebenarnya benda ni dah lama, cuma cheq baru ja belajar cara buatnya. Sebelum ni anak-anak memang selalu beli, tapi tak tahu nak buat. Tengok instruction pun tak faham, bahasa cina maaa... 

Dah banyak terbuang kat rumah. Disebabkan tak tahu nak buat, anak-anak main dan sepahkan. Mama diaorang ni dah la rajin, sapu dan terus buang. Ada jugak buat getah ikat rambut si baby yang tak berapa ada rambut tu. 

Dah belajar dan rasa pandai, beli la lagi. Balik rumah, pakat-pakat buat. Terasa satu kepuasan bila dah siap. Sebelum ni duk tengok orang pakai ja. Si kakak pun dah pandai buat sendiri. Siap bawak ke sekolah, bagi kat kawan-kawan dia.

Disebabkan baru nak belajar, beli yang murah ja.

Abah pun join sekali. Alih-alih kakak yang ajar abah.

Model untuk loom band. Tunjuk tangan je la..

Loom band yang dah siap. Masih tak pandai untuk matching kan warna. 

12 comments:

  1. bagus bagus jadi satu aktiviti kekeluargaaan ni kak...he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu keluarga kumpul buat sama-sama. Yang besar-besar memang buat tapi yang kecik tolong sepahkan...hehehe

      Delete
  2. pandai mama buat...sue x minat nk buat...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pandai jugak mulanya. Asyik beli ja tapi tak reti, tu yang minta orang ajarkan..;-)

      Delete
  3. gegeghehehe rajinnnya buat. aina tengok je adik aina buat. tak joinn pun hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa free aina. Benda dah ada, nak tunjuk skill kat anak-anak...hehehe

      Delete
  4. Nak pakai gelang emas tak mampu, pakai jer gelang getah ni...hilang pun tak ralat sangat...hehehe

    ReplyDelete
  5. Wahhh mama yang buat
    selalu anak2 je yg pandai maen nie
    ayu pon tak pndai nak buat2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama diaorang kena belajar dulu, pastu turun ilmu kat anak-anak. Sekarang ni diaorang buat sendiri ja

      Delete
  6. mmg leka kan kalau buat menda ni..warna wanri mmg cute

    ReplyDelete
  7. Senang tak nak buat? Hehe. Mau tension ni kalo x menjadi.

    ReplyDelete
  8. seronok buat loom band ni.... wahhh abah join sekali !! bagus2.... merapatkan hubungan abah dan anak2..... kan mamafar...??

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.