Makan Sambil Main

Tengahari tadi bawak anak-anak tercinta makan tengahari di Marrybrown.
Cheq suka bawak anak-anak makan sini sebab kat sini orang tak ramai sangat singgah berbanding dengan KFC.
Senang nak kontrol diaorang tambahan cik husband takde.

Dari rumah, perjalanan hanya mengambil masa 15 minit ja.
Masuk dalam restoren jer, anak-anak dah terpa ke playground.
Dah terlupa nak order makan.
Pentingkan main lagi.

Main dulu. Orang takda, jadi playground ni diorang yang
punya.

Sambil tunggu order sampai, diaorang 3 beradik main dulu.
 Kakak dah besar dan boleh harap dah tengok-tengokkan adik-adik dia.
Si kecik ni pun turun naik gelungsur punya suka.

Favourite anak-anak. 

Kakak dan adik makan tak panggung kepala.

 Makanan dah sampai, kakak dan adik berhenti makan dulu.
Tapi si baby nak main ja.
Cheq plak usung mangkuk ikut suapkan dia. 
Tak kisah la, asalkan dia nak makan ja.

Baby lebih pentingkan main. Main sorang-sorang.


16 comments:

  1. hahhaa budak memang. Dah betul2 lapar baru nak cari makanan huhuhuuu

    ReplyDelete
  2. dulu suka lepak dgn kwn2 kat kfc tp skrng rasa mb lg best. x crowded sgt. hri tu mkn kt mb mmg pnuh plyground dgn budak2. comel ja tgk diorng main.
    suka la tu baby main smpai main sorng2. hehe. ^_^

    ReplyDelete
  3. Geram tgk baby..montel sungguh..kanak2 dgn permainan mmg tak dapat dipisahkan.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah...

    best la tmpt mcm nie.. sambil mkn2 boleh beriadah.. takyah pegi bnyk2 tempat klu kita dgn ank jer En. suami takde senangg..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat main, nak makan pun tengok sebelah mata ja. Seronok ja baby main. Hehe

    ReplyDelete
  6. marrybrown dekat dgn umah aida x brape sedap :(
    sekali je pegi.
    sama le anak2 aida kecik2 dulu. main dulu, makan kemudian :)

    ReplyDelete
  7. tak pernah cuba masuk mb. sbb igtkan penuh mcm kfc dan lain2. kita ada anak mmg fkir byk kali nak masuk. kalau ada tmpat main, bleh la hangout dgn anak2 bila ayh depa xde

    ReplyDelete
  8. mb ni bubur dengan mi kari dia sedap. kadang2 dok pi gak. ^^

    ReplyDelete
  9. samalah macam anak Saya mama farhanah. kalau nampak playground. kalau ajak balik dia nangis Dan jerit kuat kuat

    ReplyDelete
  10. biasa la kan.. main lagi penting... hehe... hilang lapar tgk mainan...

    ReplyDelete
  11. wana pun suka makan marrybrown..sebab banyak sangat pilihan menu..aish, dah terliur wana dibuatnya tengok gambar..hee

    ReplyDelete
  12. Comeynye...geram tengok..seronok bila dapat spend time mcm ni kan mama ?

    ReplyDelete
  13. lya x pernah makan sekali pon lg kat marrybrown

    ReplyDelete
  14. sedap tak makan ka marrybrown... selama ekin duk kelate dulu sblm kahwin tak pernah p jejak marrybrowm kat taman bendahara tu.... huhhu....

    ReplyDelete
  15. marrybrown bubur dia best :)
    amboi baby main tak ingat makan dah.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.