Tragedi berlaku malam tadi. Dari dalam bilik, cheq dengar 3 beradik ni duk bergelak sakan, bersuka-ria. Cheq dalam bilik tengah kemas baju. Sekali-sekala dengar suara abah diaorang duk larang diaorang berlari dalam rumah. Abahnya tengah concentrate tengok bola sepak, JDT lawan Pahang.
Dalam riuh rendah gelak ketawa diaorang tu, tiba-tiba dengar baby menangis. Cheq abaikan dulu sebab abahnya ada kat luar dengan diaorang. Punyalah terkejut bila kakak bawak baby masuk bilik dengan muka baby penuh darah. Tak berani kakak nak tunjuk kat abah dia. Takut kena marah la.
Cheq masih lagi cool, angkat baby bawak pergi basuh dulu. Lepas tu lap dengan napkin bersih, nak tengok lukanya kat mana. Berlubang jugaklah dahi baby Damia ni. Letakkan minyak gamat kat tempat luka. Good girl betul la baby ni, menangis kejap ja. Darah pun kejap ja da berhenti mengalir.
Dah bertanda dahi Damia ni. Nasib baik maintain comel lagi. Abaikan lukisan abstrak kat belakang tu. Memang hasil tangan diaorang 3 beradik. |
Boleh tahan jugak besar lubangnya. Patut lah darah banyak sangat yang keluar. |
Abahnya kata diaorang 3 beradik ni main lari-lari dan pusing-pusing, bila dah pening si baby ni jatuh terkena bucu kabinet. Tajam jugak bucu kabinet tu. Betul lah kata orang-orang tua, jangan suka sangat, nanti duka yang datang. Haaa...camni lah, duk bergelak sakan sangat, lastnya dapat sakit. Dah larang pun buat tak dengar. Tapi kan tak reti serik, lepas sapu ubat..masih nak main lagi. Kuat sungguh anak-anak mama ni.
Inilah bucu kabinet yang Damia nak pergi cium tu. Tak pasal-pasal kabinet ni kena marah oleh abah diaorang. Sayangkan anak, kabinet dimarahinya.. |
kesiannya. nasib baik tak teruk :)
ReplyDeletehurmmm, lasak sangat anak dara ni.
Deletenauzubillah kak oooi.. seramnya. bahaya tu lari lari.. anak buah CT minum susu then terus ngantok kot tertido kat sofa.. bangun tngk kaki terselit celah sofa tah la macam mana..
ReplyDeletegood girl ni tak nangis.. *muah ciked*
macamana boleh terselit...;-)
Deletememang kuat budak ni..
alhamdulillah, jarang dapat sakit
alahai kesian damia..nasib tak teruk sangat..apa2 bucu memang bahaya buat kanak2 sebab dorang ni suka sangat lari2.
ReplyDeleteitulah wana, rumah sempit..
Deletenak main-main pun takde tempat
nak kena letak sesuatu kat bucu tu rasanya
takuttt
Kesian damia...moga cepat sembuh ye..haish, ngeri betul Cik Mimie bab2 gini..
ReplyDeletedah lega dah cik mimie
Deletecuma berparut la nanti
comelnya damia ... bebudak main mmg kena perhati . kental lak jiwa dia . nangis sekejap je ... tapi bab berdarah tu mmg ngeri lah kan ...
ReplyDeleteAdoilah mama Damia.
ReplyDeleteSama macam Iri lubang kat muka dia tu.
Iri kene tang pipi kanan.
alahai..sian dia...nasib baik kena di dahi jauh dari mata..itulah kan mama..bebudak mmg x boleh duduk diam...x pe sikit hari lagi hilang lah tu
ReplyDeleteya Allah, hai laa damia.. budak time tengah lasak, bukan boleh larang..
ReplyDeleteadoi la sayang....
ReplyDeletesian dia ye...
sakit tu!
Budak tengah seronok nak main kan..memang macam-macam..saya sendiri, macam-macam tragedi masa kecik dulu..hehe..moga luka cepat sembuh..kita yang tengok ni kesian..
ReplyDeleteHehe budak2 mmg mcm ni...
ReplyDeletekalau Nad mahu gabra abes ni
Hehe budak2 dah kena baru ada akai. Tapi x serik.
ReplyDeletebetul!
ReplyDeletebila anak2 dah sakan sgt, kena redakan. mmg akan nangis kejap lagi tu