Assalamualaikum
Permulaan bulan November ni disambut dengan keadaan cheq yang tak berapa sihat. Digagahkam diri jugak untuk masuk ofis, tapi bila kepala semakin berat, mata dan hidung berair terpaksalah berjumpa doktor. Dapatlah berehat sehari kat rumah, walaupun doktor nak bagi rehat 2 hari, cheq terpaksa menolak kerana tuntutan kerja yang banyak.
Cheq pun dah apply cuti hujung bulan November ni. Mudah-mudahan tiada halangan untuk kami sekeluarga bercuti. Takmo banjir-banjir lagi, nanti cuti kena beku.
Tengah bulan November ni, ada pelatih yang tamat latihan. Moga-moga ada la yang tercampak kat Kota Bharu ni. Dah kritikal sangat kekurangan tenaga kerja ni. Sampaikan ada anggota / pegawai yang terpaksa buat 2 kerja sekaligus.
Kalau ikutkan banyak lagi cheq nak buat dalam bulan November ni. Salah satunya hujung bulan November ni, nak buat sambutan ulang tahun kelahiran Diyanah. Diyanah nak sambut dengam kawan-kawan kat tadika. Yang lain-lainnya, kalau tak sempat buat kena tunda pergi ke tahun depan la.
semoga cepat sembuh mama!
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dan selamat bercuti juga... hihik
ReplyDeleteGet well soon! :D
ReplyDeletesemoga cepat sembuh kak ann
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
ReplyDeleteMoga sihat la ye Ann.
ReplyDeleteand holiday tu sukses.
musin ujan da dtg. Ada gaks status fb member aida di kelantan yg kata ujan sana 2 ari x stop last week.
dia risau. Sebab umah dia d gua musang.
affected badly last year.