MUSIM TENGKUJUH DAH TIBA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Setiap hujung tahun, negeri-negeri di Pantai Timur mengalami musim tengkujuh.
Di Kota Bharu ni, hujan dan mula turun sejak hari Jumaat lalu.
Tapi harini hujan turun dari pagi sampai sekarang ni, (8.15 malam) walaupun masih renyai-renyai.

Pemandangan hujan dari tingkap ofis

Mata pun layu ja bila nak buat kerja time sejuk-sejuk ni.
Mula lah timbul penyakit 'M' tu.
Paling ketara, jalanraya kat mana-mana ja dah mula sesak.
Orang ramai pakat guna kereta.

Masih lagi hujan waktu nak ambil kakak
 kat sekolah

Hujan-hujan ni jugaklah teringat hari Krisma tahun 2014.
Bila mana Kelantan dilanda bah besar.
Tahun ni plak, baru ja hujan start cuti dah beku. 😭😭

Hujan adalah rahmat, jangan anggap ianya satu kesulitan.
Berdoalah pada waktu hujan, insyallah dimakbulkan oleh Allah swt.

3 comments:

  1. betul tu..sekarang pepagi je dh mula hujan

    ReplyDelete
  2. Sama la gan tempat AM..
    Asal petang je nak ujan bawa ke malam..

    Posting terbaru AM
    PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN HABBATUS SAUDA


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.