Kuala Lumpur : Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan Spoofing.
Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.
Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.
Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.
Saspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa, katanya.
Mangsa kemudian akan panik dan saspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan platform voice internet protocil (VOIP) untuk memperdaya mangsa.
Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP, katanya.
Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sendiket yang menyamar sebagai pegawaii BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.
Beliau berkata, pegawai palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kredit mangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan. - Metro
Makin mudah orang cari duit. Sayangnya otak yang cerdik macamni disalah gunakan. Semoga kita tak tergolong menjadi mangsa mereka-mereka ini.
hmm macam2
ReplyDeletenama sy dah kna ccris..xleh wat loan..haha
ReplyDeletegud info ni.
ReplyDeletealahai apalah diorang nie ada je helah yang diorang nak buat
ReplyDeletediorang ni ntah hape2 la, ann.
ReplyDeletediorang ni x pk panjang.
nak cepat kaya tanpa usaha.
dok tipu org!!!
tq
ReplyDelete