APRIL : BIRTHDAY DAMIA DAN GST

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan dapat menghirup udara di harini Jumaat pertama bulan April. Sekejap ja masa berlalu, dah lepas suku tahun pertama tahun 2016.

1 April ni genap usia Damia 3 tahun. Dah makin besar dan banyak ragam budak sorang ni. Kemontelan Damia pun dah hilang sebab dah terlampau aktif. Semua lemak-lemak Damia tu pergi ke mama dia yang sorang ni. Hehehe.... Semoga Damia dipanjang umur, murah rezeki, mudah menerima ilmu dan jadi insan yang disenangi serta disayangi Allah dan semua orang. You always be my baby !!!



1 April ni jugaklah genap setahun usia GST. Tak terhitung kutipannya dalam setahun ni. Entah kemana la pergi hasil kutipan tu...no komen! Tapi yang pasti ramai berdoa GST ni pendek umur. Hehehe..



Semoga April ni lebih bermakna untuk kita semua. Salam April dan salam Jumaat semua..

5 TABIAT BURUK DI WAKTU PAGI INI, TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN!

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setiap kali bangun pagi, apa perkara yang kawan-kawan semua lakukan? Buka ja mata, apa benda pertama yang korang cari? Siapa yang cari telefon bimbit dulu, sila angkat tangan. Sama macam cheq la, sebab telefon bimbit tu dah jadi macam jam dah untuk cheq. Bangun pagi mesti lah nak tengok jam dulu kannn..

Ada beberapa tabiat buruk yang sering kita lakukan, mampu membuatkan kualiti hidup menurun. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. 

1. Memeriksa telefon bimbit
Tabiat buruk di zaman sekarang ni yang selalu kita lakukan adalah mencapai telefon bimbit setiap kali terjaga dari tidur. Tabiat ini sebenarnya mengganggu mood kita setiap pagi. Kajian mendapati tabiat buruk itu akan membuatkan kita rasa tertekan untuk memulakan hari baru.



2. Menonton TV
Ada di antara kita yang celik mata ka terus buka TV. Kesannya sama seperti memeriksa telefon bimbit. Bukankah baik jika kita amalkan aktiviti bersenam apabila bangun dari tidur. Tabiat buruk yang kita lakukan ini, melalaikan dan membuat kita tidak sihat.



3. Mandi dengan air panas
Bila nak mandi setiap pagi ja mesti ramai yang memilih air panas. Memang mengigil habis satu badan kalau mandi air sejuk. Tapi, tahukah kita, mandi dengan air panas membuatkan  badan kita jadi rileks dan malas untuk bergerak? Jadi, segarkan tubuh dengan air sejuk supaya lebih bersemangat!



4. Sarapan tidak sihat
Masalah rakyat Malaysia ialah bila sarapan mesti nak kena  ambik makanan berat dan tidak sihat seperti nasi lemak dan teh tarik. Bila makan makanan berat di waktu pagi, kita akan mudah mengantuk dan kerja pun buat ala kadar ja. Elakkan ambil sarapan tidak sihat dan gantikan sarapan yang tinggi protein.





5. Berus gigi selepas makan
Ni mesti ramai yang selalu buat. Tak elok! Berus gigi selepas makan atau minum kopi, boleh menyebabkan gula yang ada dalam mulut naik ke permukaan gigi. Lama-lama gigi jadi berlubang dan sakit berpanjangan.




2 MINGGU BERSAMA CALON-CALON KONSTABEL PDRM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


31 Mac - harini adalah hari terakhir cheq bertugas sebagai LO (lead officer) untuk pengerusi temuduga bagi konstabel polis. Dua minggu di sini, cheq dapat menyaksikan pelbagai ragam calon-calon sebelum masuk ditemuduga. Ada yang pusat lesi muka, toreh pun tak berdarah disebabkan takut. Sebab takut jugak ada yang 2 minit sekali berulang ke tandas.

Itu kisah sebelum masuk bilik temuduga. Kisah selepas keluar dari bilik temuduga pulak, ada calon yang tarik nafas lega, ada jugak yang geleng kepala dan ada jugak yang menangis. Bermacam-macam emosi yang dapat cheq lihat dalam tempoh 2 minggu ni. Diluar ada ibubapa yang menunggu anak-anak mereka dengan penuh harapan. Sedih bila lihat anak diberitahu tidak lulus.



Sepanjang tempoh 2 minggu ni jugaklah, pelbagai jenis panggilan telefon yang cheq terima. Yang berselisih bahu tapi tak pernah bertegur pun, tup-tup telefon cheq minta tolong adjustkan sedara-mara diaorang dalam temuduga ni. Cheq ni memang baik hati tak kisah pun setakat nak tolong sampaikan nama calon tu ke pengerusi. Selain tu, cheq bagi tips dan soalan-soalan yang sering ditanya. Bagi diaorang study dulu. Biar diaorang masuk jawab temuduga ni dengan usaha sendiri tanpa harapkan kabel ja.


Tapi cheq cukup ralat sebabnya dalam ramai-ramai cheq tolong, sorang calon ni tak dapat. Bila cheq tahu dia tak dapat, cheq cari dia kat luar. Ingatkan dia bersedih, rupanya dia gembira sebabnya dia memang tak minat polis ni. Dia datang pun sebab emak ayah dia yang paksa. Emak dia memang berharap sangat dia dapat kerja ni. Sebenarnya budak ni minat dalam bidang masakan. Pernah dapat tawaran sambung belajar dalam bidang kulinari tapi dihalang keluarga. Pernah dapat tawaran bekerja di bahagian dapur atas kapal Star Cruise, jugak dihalang keluarga. Sekarang ni budak ni bekerja di butik cafe di Kota Bharu. Kalau boleh kita sebagai ibubapa ni jangan halang minat anak-anak dan jangan memaksa dia membuat benda yang dia tak suka, nanti anak-anak akan memberontak.

Mulai minggu depan, rutin cheq kembali seperti biasa. Datang kerja awal pagi, masuk meeting pagi, tengok repot polis dan sekali-sekala pergi mahkamah tengok anak buah. Harap-harap orang kat ofis tu masih kenal cheq la.