My FiRsT InStAnT ShAwL

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Balik kampung haritu, cheq ada ikut kakak cheq pergi Nat.
Cheq ni memang tak tahan godaan bila tengok baju-baju murah ni.
Habis beratus jugak lah pagi tu.
Tapi berbaloi sebab dah siapkan beli baju raya untuk anak-anak.

Banyaknya beli untuk anak-anak ja.
Untuk cheq, dapatlah sehelai instant shawl.
Pada mulanya bukannya cheq nak beli sangat.
Cheq singgah gerai tu pun sebab kakak nak pilih tudung.
Dah tu ada seorang makcik tu nak try pakai shawl ni tapi tak reti.
Cheq lah jadi model dan jadi cikgu kat makcik ni 



Bila cheq dah try pakai tu, alih-alih tengok kakak dah tolong bayarkan.
Dah orang bagi, cheq ambik la.




Ingatkan nak pakai raya tapi baju raya pun takdak lagi.
Dah melaram shawl ni serata alam dah. 
Betapa mudahnya bersiap dengan instant shawl.
Dah tak payah nak belit-belit, nak cari pin lagi yang sentiasa hilang tu.
Nak pulak cheq yang beranak kecik ni.
Kita duk berdiri depan cermin, time tu la mintak dukung, tarik kaki.
Dengan instant shawal ni teramat mudah, just sua muka kat lubang yang disediakan.
Dan kemaskan kiri kanan sikit.
Taraaa, dah siap 



Notajarihalus : NAT adalah bahasa thailand yang bermaksud pasar.

10 comments:

  1. cantik juga kaler ni..kena plok dengan orang kulit putih..hihihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki mama. Instant shawl senang x gaduh pakai pin :)

    ReplyDelete
  3. hehehe senang kan instant shawl ni.. sarung je xyah pening lilit dah..

    ReplyDelete
  4. skrg ni dah ramai pakai instant shawl sbb nk cepat...dh pernah try tp cam x sesuai ngna muka huhhu

    ReplyDelete
  5. Raya ni ingat nak bli instant shawl je..hehe :)

    ReplyDelete
  6. shawl tak berapa sesuai dengan muka..

    ReplyDelete
  7. tak pernah beli instant pny ni
    tak pandai nak pilih
    takott salah pilih jadi malas nak pakai lak

    ReplyDelete
  8. boleh buat sendiri kak instant shawl ni sng je. jahit 2 tempat je. and dah jadi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.