PeNgUbaT RiNdU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semalam adik cheq ada wassap cheq bagitau dia rindu arwah adik kami. Cheq apalagi, air mata terus bercucuran. Tahun ni masuk tahun keempat kami berpuasa dan akan beraya tanpa arwah. Adik cheq dan arwah ni memang rapat, bertahun diaorang tinggal berdua dengan emak dan ayah. Teman bergaduh dan bersuka ria. Dia lagilah terasa kehilangan tu. 




Yang paling sedih sangat tu, time adik cheq wassap cheq tu, cheq tengah lipat kain baju. Baru je lipatkan tuala arwah yang cheq ambil guna selepas kematiannya. Kain tuala tu la emak gunakan untuk lap darah yang keluar dari hidung dan telinga arwah kat hospital. Cheq ambil untuk simpan sebagai kenangan. Kesan darah kat tuala ni pun macam tak mau hilang, masih ada bekas-bekasnya walaupun dan lebih empat tahun cheq guna tuala ni. Bila tiba rasa rindu tu, cheq akan cium-cium tuala ni.

Dah tak menaip lagi. Air mata dah bercucuran. Skrin laptop pun nampak kabur ja.


10 comments:

  1. semoga rohnya dicucuri rahmat kakfar :)

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.
    ann, moga adinda ann ditempat org2 yg beriman.
    di bawah lindungan Allah :)

    ReplyDelete
  3. Semoga arwah tenang disna..sedekahkan al fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  4. al fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  5. semoga arwah tenang di sane kak.in shaa Allah doaman yang baik2 and sedekahkan ayat alquran ;)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.