السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Buah lemon memang sangat masam dan tak boleh dimakan macam tu ja. Tapi, tahukah kawan-kawan semua yang buah lemon tu kaya dengan nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B kompleks, kalsium, zat besi, magnesium, kalium dan serat. Banyakkan khasiatnya! Ramai yang tahu yang air lemon ni boleh dijadikan sebagai air detoks. Selain itu, apalagi kebaikan buah lemon ni....
1. Mengurangkan keradangan
Air lemon mampu mengurangkan asid dalam badan anda. Ia membuang asid urik di dalam sendi anda, yang mana menjadi punca utama masalah keradangan.
2. Baik untuk penghadaman
Bukan sahaja baik untuk penghadaman, tetapi baik juga untuk saluran pencernaan. Air lemon juga membantu melegakan rasa ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, sendawa dan kembung.
3. Menurunkan berat badan
Lemon mengandungi serat yang membantu untuk melawan rasa lapar dan tidak makan banyak. Boleh kurus!
4. Membuang toksin
Air lemon berupaya membuang toksin dalam badan dengan meningkatkan fungsi enzim dan merangsang hati anda.
5. Kulit jadi cantik
Antioksidan dalam lemon boleh membantu mengurangkan bintik hitam dan juga kedutan. Ia juga boleh digunakan untuk parut dan kulit akan jadi cantik.
6. Menguatkan sistem imunisasi
Vitamin C baik untuk sistem imun kita. Tahap vitamin C dalam tubuh akan hilang jika berada dalam tekanan dan buat kita jatuh sakit. Jadi, tak perlu beli vitamin C di luar, hanya amalkan air bersama lemon sahaja.
7. Baik untuk jantung
Kandungan kalium yang tinggi dalam air lemon adalah baik untuk kesihatan jantung, otak serta fungsi saraf kita.
8. Segarkan nafas
Tahukah anda bahawa lemon membantu melegakan sakit gigi? Ini kerana asid sitrik boleh menghakis enamel gigi. Jadi, takdak lagi nafas berbau kerana bakteria dalam mulut.
9. Membantu mereka yang ketagih kafein
Ramai yang anggap kopi mampu membuatkan mereka segar dan bersemangat di waktu pagi. Tetapi, bagi mereka yang dah ketagih, air lemon mampu membantu dan anda akan tetap rasa segar.
10. Membantu melawan jangkitan virus
Air lemon panas berkesan untuk mengurangkan jangkitan virus dan sakit tekak. Jus lemon juga mampu meningkatkan sistem imun anda.
Bak kata orang "sharing is caring". Cheq pun mampu share jer tapi masih belum mampu nak hirup air lemon ni. Sebabnya cheq pernah try buat sekali, tapi pahit je rasanya... terus sampai sekarang tak minum dah air lemon ni.
Mama boleh try campur madu sikit utk bg sedap. Sue suka air lemon tambah chia seed. Sehari minum 3liter air ni. Sedap.
ReplyDeletepatut lah saya minum tak sedap, tak letak madu rupanya ;)
Deletememang banyak khasiat lemon dalam kehidupan seharian kita..cuma yelah..lemon ni harganya mahal skit kan..
ReplyDeletekan...kena tanam sendiri la.
Deleteaah suka sangat lemon ni
ReplyDeleteterbalik pulak dengan saya, hehehe
Deleteaida buat mandian ijat.
ReplyDeletesebab ari tu dia demam panas.
now more tu natural remedies :)
tak pernah lagi minum air lemon...
kalau boh banyak memang pahit skit lemon nih..
ReplyDelete