Assalamualaikum..
Semalam telefon mak ayah kat kampung. Selepas tanya khabar mak ayah, cepat ja cheq tanya pasal pokok pelam harum manis yang ayah tanam tepi rumah. Tanya samada berbuah ka dakgi? Dengar cerita sekarang ni musim buah pelam harum manis kat Perlis. Tak berbuah lagi pokok ayah cheq tu. Hehehe... masih belia remaja lagi kut, takpun terbantut pasal cuaca panas ni. Bukan setakat pokok buah pelam harum manis ja yang tak berbuah, segala jenis buah pelam tepi rumah ayah tak berapa nak menjadi tahun ni.
Masih tak banyak lagi buahnya sekarang ni. Sekilo buah pelam harum manis adalah RM 35. Macam sayang plak duit nak order buah tu. Dah nak order balik Kelantan, takkan nak beli sekilo kot. Alang-alang kena beli 4,5 kilo ni.
Disebabkan cheq teringin nak makan buah pelam, husband cheq pun belilah buah pelam yang tak berapa harum tapi manis. Sekilo baru RM 7 dapatlah 4 biji buahnya. Cheq sorang ja habis 2 biji buah pelam.
Alhamdulillah, takdelah kempunan lepas ni. Dulu kalau kat kampung, teringin nak makan buah pelam ja, ambil galah kait. Takpun panjat ja pokok pelam tu. Sekarang ni nak makan, kena keluar cari dan beli. Bak mata orang, berbakti kepada tanah akan dapat hasilnya.
sedapnya buah pelam. warna menarik sangat! confirm sedap dan manis!
ReplyDeleteSemlm beli dgn member harum manis rm30 3 biji..ok lah puas hati rasanya
ReplyDeletesedapnye pelam harum manis, kalo musim pelam harum manis harus la beli buat hilang kempunan nak makan...huhuhu
ReplyDeletewow..cantik kaler buah mangga tu..nampak sangat manis..terus terliur..huhu..
ReplyDeletefrankly speaking, aida x pernah makan harum manis tau.
ReplyDeleteskang tgh musim ekk ann.
nak roger member la beli kan kat sana, pos ke sini.
sekilo dua pun jadik la.
just nak merasa...
pelam kalau manis cepat jer licin.. tu laa kan, sekarang nih, nak apa kena beli..
ReplyDelete