SAMBUT ALA KADAR SAJA

Assalamualaikum..

Semalam birthday si Damia. Kalau jatuh hari persekolahan, selalunya akan sambut dan potong kek dengan kawan-kawan kat taska. Disebabkan jatuh pada hari Jumaat, makanya sambutlah dengan keluarga kat rumah ja.

Awal-awal lagi Damia dan request nak kek. Mulanya nak kek frozen, kejap lagi nak kek hello kitty. Tak sampai 5 minit kemudiannya nak kek barbie plak. Takut tersalah beli, merajuk pulak besday girl ni. Jadi, abahnya bawa Damia pergi kek birthday sendiri.

Dah sampai kedai kek, rambang mata plak Damia memilih. Alih-alih pilih kek sponge biasa ja. Yang ada gambar kartun-kartun tak nak plak.





Sempurna sudah acara tiup lilin dan potong kek. Hadiah pun dah dapat. Semoga Damia membesar menjadi orang yang berguna untuk keluarga dan masyarakat. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mudah terima ilmu. Aminnn


10 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.