19 FEBRUARI CUTI PERISTIWA DI KELANTAN



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



KOTA BHARU (15 Februari 2017) - Kerajaan Negeri mengisytiharkan 19 Februari  ini sebagai cuti peristiwa  bagi memberi peluang kepada semua  rakyat Kelantan yang mahu menyertai Himpunan Mega RUU355 di Kuala Lumpur.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

" Ia sebagai sokongan moral kerajaan negeri kepada usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355 ( Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016). 

" Ia juga bagi membolehkan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk menyertai himpunan itu nanti, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco kerajaan NEGERI do Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Pads 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian  iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Sumber : Sinar Harian



4 comments:

  1. Semoga membawa keberhasilannya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, akan tercapai matlamat perhimpunan ni

      Delete
  2. yeayy..cuti..moga Allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, semoga semuanya dipermudahkan.
      Yeayyy, cuti =)

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.