السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Bila dah naik darjah satu ni, semua peralatan sekolah serba baru. Benda yang sebelum ni tak pernah guna pun kena beli sebab keperluan untuk darjah satu.
Salah satunya adalah gunting. Adik Diyanah memang tak pernah ada gunting sebelum ni. Kalau kat tadika memang dia ada guna, tu pun hak tadika punya. Kakak punya gunting pun memang dilarang sama sekali guna kat rumah kecuali ada pemantauan dari cheq atau husband.
|
Gambar barang kes. Dah habis safety kita cari
gunting untuk depa. Rupanya lepas kejadian
kakak dah buat harta untuk dia sendiri |
Tapi si adik ni dah buat eksperimen gunting dia tu ke atas rambut Baby Damia. Masa tu cheq pun ntah sibuk apa ntah, taktau pulak dia guna gunting. Habis copang-caping rambut Baby. Lepas tu mungkin dia takut, adik ni berkurung dalam bilik dengan baby ni.
|
Mangsa. Hasil tangan barber yang tak bertauliah |
|
Selepas dimakeover. Confuse, boy or girl !! |
Bila dah dapat tangkap, tengok rambut Baby dah serupa apa ntah, nak marah pun tak jadi. Boleh gelak ja. Pastu operasi pergi kedai gunting dan repair semula rambut baby.
|
Ni lah saspeknya yang comel sangat tu. |
Nasib gunting rambut Baby takde kena kulit ke, mata ke. Bermulalah pemerintahan kuku besi, gunting dirampas semula. Nak pi sekolah baru ambik. Kalau tak apa lagi nak kena gunting.
Alahai....comelnya...yg jadi mangsa tu comel, yang jadi suspek tu pun comel...mmg tak sampai hati nak marah ni..
ReplyDeletehehehe, memang tak sampai hati nak marah. Cuma pasni kena lebih hati-hati la
Delete