Sabtu lepas, lebih kurang jam 3 petang, cheq bangun tidur (baru abid kerja 24 jam) dah kecoh dalam wassap group kata ada kes bunuh. Yess, kes yang kecoh sekarang ni, iaitu kes seorang ibu menggelar baby dia yang berumur 2 + bulan sampai mati. Cheq pada mulanya memang tak sanggup nak tengok gambaq baby tu, sedih.
Kalau difikirkan, takkan seorang ibu yang normal sanggup mengelar anak dia sendiri sampai mati. Ibu yang normal, kalau nampak luka sikit pun kat anaknya, mesti sakit hati sendiri.
Jadinya, pelbagai persoalan timbul. Semasa ditahan ibu ni sedang meracau-racau dan pernah mengadu mendengar bisikan supaya membunuh anaknya itu. Ibu ni jugak sekarang di tahan di wad pesakit mental dan seringkali meminta untuk menyusukan bayinya.
Itulah sebabnya orang-orang tua kata, ibu yang masih dalam pantang ni kena dijaga emosinya dan jangan dibiarkan keseorangan. Sebab kita tak tahu apa yang berada dalam fikirannya dan tak mustahil kejadian yang sama ini jugak berlaku. Iaitu penyakit yang dipanggil GILA MEROYAN.
Apa itu Gila Meroyan?
Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak. Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.
Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH. Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan. Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain. Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan. Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Antara tanda-tandanya adalah
- bercakap seorang diri
- berhalusinasi
- berfikir hal tidak rasional
- was-was
- keliru
- gagal menjalankan tanggungjawab
- tiada minat untuk melakukan apa-apa
- acap menangis
- sering mengadu
Dan pelbagai lagi masalah.
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas seperti kes ini dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi. Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan.
Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Rawatan Gila Meroyan
💛Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka.
💛Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin.
💛Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
💛Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
💛Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan. Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan. Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa).
Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.Sama-sama harungi bahtera rumahtangga.
Semalam tengok anak buah duk bungkus barang-barang baby ni untuk hantar forensik. Sebak tengok bantalnya penuh darah 😭😭😭😭😭
ngerinya baca..huhu
ReplyDeleteSeriau..
DeleteSebab tu penting pengurussan diri selepas bersalin...
ReplyDeleteBerurut, relaxkan minda, tenangka jiwa...
Ibu lepas bersalin kena cukup rehat dan tidur...
Hope para suami lebih prihatin ttg hal2 begini....
Betul tu
DeleteKena ada tolenrasi antara suami dan isteri
Sedih tengok
ReplyDeletesedih kes macam ni berlaku....
ReplyDelete