JADI PENONTON PERLAWANAN BOLA SEPAK DI STADIUM

Assalamualaikum 🌺

Walaupun demam, tugas tetap tugas. Semalam (sabtu), cheq ditugaskan untuk buat pemantauan semasa perlawanan bola sepak antara Kelantan melawan Kedah. Alang-alang dah kat stadium, bolehlah cheq tengok sekali perlawanan tu. Dalam dilema jugak cheq nak sokong team mana satu. Kedah negeri kelahiran, Kelantan tempat cari rezeki. 


Puas hati dapat tengok live.


Penonton dalam stadium dah 20 ribu lebih orang. Yang pasti tempat duduk semua dah penuh. Jadinya sepanjang masa cheq hanya berdiri sambil tengok depa bermain. (Padanlah masuk tak pakai tiket). Dalam ramai-ramai penonton tu cheq sesorang ja duk sokong Kedah. Bila bola dapat kat team Kedah ja, cheq bersorak. Yang lain pandang cheq ja. Ada cheq kisah, hehehe

Sampai habis perlawanan, cheq berdiri.

Alhamdulillah, Kedah berjaya jugak buh 1 gol. Abang Taq (Badrul Bakhtiar) yang jadi hero. Seronok dapat tengok live gini. Debar dia lain macam daripada tengok dalam TV. Walaupun sekejap-sekejap hujan, peminat bola sepak langsung tak bergerak.

Taklimat selesai tugas. Masa ni hujan turun renyai-renyai

Yang pastinya, pagi tadi demam cheq bertambah teruk. Dah la kena hujan, kiri kanan pulak orang duk hisap rokok. Sampai rumah pukul 12 malam lebih. Selagi penonton tak habis balik, kami pun tak boleh balik. Esok dah start keja, rasa macam nak MC jadi.

7 comments:

  1. Bestnya dpt tengok live..
    Demam tolak tepi, hehe.

    ReplyDelete
  2. Fuhh bestnya dapat tengok bola kat stadium.. Semoga cepat sembuh dari demam ye kak :)

    jemput baca entri saya
    Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
  3. best tu tgk live walaupon berdiri..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu tak rasa lenguh ke penat ke
      Dah selesai semua baru rasa penatnya

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.