DAH KERAP KE KEDAI DOBI LAYAN DIRI

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Walaupun kedai dobi layan diri ni hanya 3-5 minit ja dari rumah, tak pernah langsung terlintas cheq nak singgah guna perkhidmatannya. Segala baju, seluar, tuala, selimut, toto memang cheq basuh sendiri kat rumah. Ruang sidai pakaian luas, jadi takdak masalah nak basuh baju 3 hari sekali pun.

Disebabkan kat kampung haritu, rumah abah mentua takdak air, jadi terpaksalah mendobi baju sendiri. Mulanya nak hantar baju kat dobi biasa, tapi bila difikirkan baju lambat siap, maka mencarilah kami dobi layan diri ni. Maklumlah, bawak balik baju pun 2, 3 helai ja. Sejak  itulah cheq mula kenal dengan dobi ni. Pada mulanya cheq memang tak tahu cara nak guna. Tanya orang satu-persatu step nak guna, sampai pandai sendiri. Selang 2 hari ja, angkutlah bakul baju kotor ke dobi tu.

Bila dah balik sini, perangai nak ke dobi takleh nak tinggal. Sebabnya rasa dah senang sangat. Masukkan baju dalam mesin, lepas tu tinggal sekejap pergi minum air. Datang semula kedai dobi, baju dah siap basuh. Masuk pulak baju tu dalam mesin pengering, tinggalkan dan masuk dalam pasaraya plak. Datang semula, tarraaaa.... baju dah siap. Boleh terus dilipat ataupun terus nak pakai. Tak payah nak sidai-sidai lagi.







Walaupun sentiasa basuh baju kat kedai dobi, mesin basuh cheq tu taklah sampai berhabuk tak guna. Kain-kain buruk, cheq basuh kat rumah ja. Tapi harini cheq dah start basuh baju kat rumah sebabnya lif blok cheq rosak. Tak larat nak angkat bakul baju turun ikut tangga.

KALI KE 2 NAIK MENARA TAMING SARI

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semasa cuti tempohari, kitaorang sengaja terlajak sampai ke Melaka. Sesaja nak jalan-jalan cuci mata sementara nak ke rumah adik ipar kat Muar.

Husband cheq ni memang tak tahu sangat jalan dalam bandar Melaka ni. Jalan ikut papan tanda ja. Sampai Melaka dah tengahari, perut dah berkeroncong sangat. Nak cari kedai makan dalam bandar Melaka ni memang susah. Akhirnya kami sekeluarga singgah makan kat bangunan Mara bertentangan dengan Muzium Maritim.

Selepas makan, kitaorang dah konpius nak bergerak kemana. Cheq memang ada sepupu kat Melaka tu, tapi malas nak kacau diaorang hari bekerja tu. Menononglah kami sampai ke Menara Taming Sari. Nak masuk parking tu, kena beli buku parking. Harganya RM6. Anak-anak dah melompat-lompat nak naik menara Taming Sari tu. Husband cheq awal-awal lagi dah surrender taknak naik. Gayat katanya.




Dengan menggunakan Mykad, harga tiket untuk naik Menara Taming Sari bagi dewasa adalah sebanyak RM15 manakala bagi kanak-kanak berumur atas 2 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM10. Kitaorang jugak diberikan sebuah beg kertas yang mengandungi 2 botol mineral dan 2 pek kecil kuih. Kiranya untuk setiap beg kertas adalah untuk 2 orang yang membeli tiket tersebut.


Sebelum bergerak masuk ke laluan untuk ke menara tu, ada petugas di situ dah menunggu untuk mengambil gambar kitaorang. Apalagi, pose yang paling comel kitaorang bagi.

Nak masuk dalam menara tu pun kitaorang disambut sepertimana pramugari sambut penumpang atas kapal terbang. Apabila semua penumpang dah duduk di kerusi masing-masing, barulah menara tu akan naik ke atas. Zupppp, kecut perut sekejap. Menara akan berhenti di atas akan berpusing perlahan membolehkan para penumpang menikmati pemandangan Melaka. Dari atas sana, kita boleh lihat hampir keseluruhan bandaraya Melaka ni. Teropong pun disediakan. Selama 7 minit kitaorang berpusing-pusing kat atas sebelum turun semula ke bawah.








Sampai di bawah, gambar kitaorang yang diaorang ambil tadi dah siap dipaparkan. Kita ada pilihan samada nak ambil atau buat tak peduli ja dengan gambar kita tu. Dua keping gambar bersaiz 5R dan 3R serta satu keychain berharga RM50. Cheq ambil gambar tu sebagai kenangan.


Inilah kali kedua cheq naik Menara Taming Sari ni. Takdaklah teruja macam first time dulu. Last naik adalah lebih kurang 6 tahun yang lalu. Masa tu tengah pregnant anak yang kedua dan masih menetap kat Noghori Sembilan. Masa tu jugak husband cheq jadi penunggu setia kat bawah.

Insyaallah, ada rezeki nak datang lagi. Banyak lagi tempat yang nak tuju tapi masa tak mengizinkan. Teringin nak ke Pantai Kelebang, nak tengok Hotel Bas. Nak bawak anak-anak ke Toy's Museum. Memang banyak tempat menarik kat Melaka ni, tak cukup sehari nak jalan-jalan dalam Melaka ni. Hingga kita ketemu lagi MELAKA.


RUMAH KENA PECAH

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni kami sekeluarga balik bercuti kat kampung di Kota Tinggi, Johor selama 2 minggu. Sebelum tinggalkan rumah, husband cheq memang dah pastikan segala suis eletrik telah ditutup. Begitu jugak dengan pintu dan grill rumah dikunci dengan 2 biji mangga. Setelah puas hati, barulah kami bergerak dengan senang hati.

Setelah selesai bercuti 2 minggu tu, kami pun bertolak dari Kota Tinggi, Johor lebih kurang jam 9 pagi. Lebih kurang 12 jam duk atas jalan raya, akhirnya sampai kat rumah cheq di Kota Bharu, Kelantan. Cheq ni memang ingat nak baring atas tilam ja, nak luruskan pinggang yang dah lenguh-lenguh ni.

Keluar ja daripada lif, nampak grill pintu rumah dah terbuka. Dah agak ada orang pecah masuk dalam rumah cheq. Tengok mangga kat pintu dah kena potong. Paling sakit hati bila masuk dalam rumah, tengok semuanya dah berselerak. Segala apa yang ada dalam almari dan laci ditariknya keluar. 


Tindakan pertama apabila rumah kita kena pecah masuk adalah jangan cuba mengalih atau memegang apa-apa benda pun. Ini boleh menghilangkan kesan-kesan yang penyangak itu tinggal. Contohnya, kesan cap jari pada meja solek. Keduanya kenal pasti barang-barang atau harta-benda kita yang hilang. Seterus hubungi atau terus ke balai polis untuk membuat repot polis.

Alhamdulillah, cheq hanya alami kerugian yang kecil ja. Seperti kata mak sedar cheq, Allah akan gantikan yang lebih baik daripada apa yang kita hilang.