CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 3

Hari 3 : 11 nama yang disukai

Sumber dari google

Rasanya setiap manusia kat dunia ni ada nama. Ada jugak ke yang takdak nama ??? Macam kita orang Islam, mestilah memilih nama-nama Islam yang mempunyai maksud yang baik. 

Masih ingat lagi kali pertama nk bergelar ibu, baby masih dalam perut tapi dah sibuk duk pilih nama. Habis semua buku-buku berkaitan nama dikhatamkan. Begitu teruja dan seronok sekali, maklum la kali pertama kannn. Sebenarnya banyak nama yang tersenarai untuk anak cheq, kami suami isteri dah berebut-rebut bagi pilihan sendiri. Time tu la, keluar nama ex-boypren, ex-girlpren, nama makwe tak jadi, nama pak mentua tak sempat dan macam-macam lagi la.  Akhirnya capai kata sepakat untuk pilih nama anak-anak kami.

Berikut adalah senarai nama-nama yang disukai :

1. MUHAMMAD - kalau dapat anak lelaki memang akan letak nama di permulaan nama nya sempena nama Nabi Muhammad.

2. NUR - bermakna cahaya. Nama anak-anak dara cheq memang bermula dengan Nur.

3. FARHANAH - ni gara-gara lagu Jinbara la, Farhana tengah popular time cheq peknen anak pertama. Cik husband memang nakkan nama ni untuk anak dia. Maka setiap anak cheq memang ada nama ni di penghujung nama yang bermaksud Riang Gembira.

4. DINAH - ini adalah pilihan cheq untuk anak pertama. Bermakna ketaatan.

5. DIYANAH - disebabkan anak pertama bermula dengan huruf D, anak no 2 pun nak serupa jugak. Bermakna Agama.

6. DAMIA - nama untuk anak keempat. Bermaksud Kebijakan.

7. AMSYAR - nama di terbit masa mengandung anak ke empat. Kalau dapat baby boy memang nak letak nama ni. Bermaksud Yang Cergas.

8. DANISH - Bermaksud Pengetahuan, Bijak

9. DANIAL - Nabi Allah SWT

10. DALILAH - Bermaksud Petunjuk.

11. SITI KHADIJAH - Ini adalah nama anak cheq yang ketiga. Hanya sempat 6 bulan berada dalam perut dan langsung tak sempat lihat dunia. Allah lebih sayangkan dia. Sempena seorang isteri yang setia sanggup berkorban untuk Rasullullah saw. 

27 comments:

  1. Allahuakbar...
    Memang cantik dan penuh makna nama2 tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama-nama islam memang cantik-cantik kan bunda

      Delete
  2. Danish tu antara top 3 nama pilihan utk ank akak dulu..tpi x terpilih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersimpan dalam senarai saya jugak, belum ada kesempatan nak guna..;-)

      Delete
  3. Cantik2 nama ni :) Suka nama Damia..cam comel je :)

    ReplyDelete
  4. anak sy nama siti zubaidah ^^

    ReplyDelete
  5. Amsyar nama adik Sha...!! hehe... hasben sha cakap kalau ada anak gegurl, kena ada nama Adawiyah... yang gegurl laa... yang boboy tak tau ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nama adawiyah tu...kalau lelaki buh la nama adam.hehehe

      Delete
  6. Amsyar nama ank sue hat no 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nama dan maksudnya. Ramai ibubapa letak nama ni untuk anak-anak depa.

      Delete
  7. jom join segmen sy
    Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape

    ReplyDelete
  8. sedap nama2 kat atas, maksud pun baik2. adik saya pun nama farhanah jugak. hehe

    ReplyDelete
  9. Nur farhanah nama kakak ipar wana dan damia nama anak buah..:)

    ReplyDelete
  10. eh, macam kenal je certain nama tu. heheheh.. adik saya ada nama Danial ^^

    cousin saya ada nama Farhanah ^^

    ReplyDelete
  11. nama anak CN nak semua dgn huruf i

    ReplyDelete
  12. berilah nama anak yag membawa maksud yg baik kan..kerana ia memberi kesan kepada personaliti

    ReplyDelete
  13. Mmg mnarik nama tu. Suka jgk pd amsyar (*^﹏^*)

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  14. Pilihan nama yang baik Insha Allah memberi impak yang positif kepada anak2 ^_^

    ReplyDelete
  15. cantik2 nama yang akak pilih. saya pun suka :)

    ReplyDelete
  16. danish nama adik ina.. ina pun suka nama danial.. kebiasaanya org yg ina jumpa nama danial mesti baik hehe ^^

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.