Liebster Award Tagged By Rena CRu'Zee

Ingatkan dah abis, tapi kena tag oleh Rena CRu'Zee plak. Jadi sebelum terlupa, meh buat dulu awai-awai. Nak buat kerja pun server down habis satu department. Sekarang ni sessi soal dan jawab.



Soalannya : 

1. Cerita hindustan yang anda minati. Mengapa ?
Saya paling minat kuch-kuch hota hai. Sebabnya lagu-lagu dalam tu memang best dan yang penting suka tengok hero cheq SRK.

2. Anda berharap nama anda ditukar kepada.....?
Masa kecik-kecik dulu berangan nak letak nama Puteri. Sekarang ni cheq happy dengan nama cheq ni. Pilihan emak dan ayah.

3. Berapa orang teman rapat anda  (bebetul rapat). Namakan.
Sebetulnya cheq takdak teman rapat tapi ada teman hidup. Hehehe.
Namanya Halim.

4. Sifat positif dan sifat negatif teman rapat anda?
Penyayang dan boros.

5. Namakan 3 sifat buruk anda yang anda mahu tinggalkan ?
- Mudah percaya dan kesiankan orang lain.
- Boros bila ada duit dalam tangan
- Suka buat kerja bertangguh-tangguh

6. Pengalaman paling kelakar dalam hidup anda.
Bila tengok riak wajah bakal husband pada 1st time perjumpaan. Takut dan tak berani nak angkat kepala. Sampai sekarang pun bila cheq ungkit cerita ni, cheq akan gelak sampai berair mata.

7. Pendapat anda tentang bola.
Bola itu bulat. Dan dijadikan medium dalam banyak pertandingan.

8. Perkataan yang anda lafazkan setiap kali anda gembira.
Yahoo kut.

9. Sosial media pilihan anda  - FB, Twitter, IG, Pinterest dll. Mengapa ?
Lebih suka IG sebab setiap gambar ada ceritanya. Jangan sampai tersalah tafsir.

10. 3 perkara yang anda tidak suka lakukan?
- Kejutkan orang dari tidur, kesian sebab diaorang tengah sedap tidur.
- Terpaksa tegur dan marah seseorang sebab tu bukan sifat cheq.
- Tak suka bila takdak kerja nak buat, cepat bosan.

11. Jika anda punyai pintu masa Doraemon, anda mahu ke tahun berapa. Mengapa ?
Tahun 80-an. Tahun saya bayi dan kanak-kanak. Tak payah memikirkan sebarang masalah dan pada masa bumi kita masih belum tercemar. 

Selamat juga menjawab soalan-soalan ni. Semoga Rena puas hati dengan jawapan cheq ni.

22 comments:

  1. No. 5 n 10 tu sama dgn Cik Mimie..hehe..sep sikit :)

    ReplyDelete
  2. Hat no 6, dgn sue sekali pun nk tergelak bila baca :)

    ReplyDelete
  3. Wana pun suka tengok kuch2 hora Hai..best giler kan mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best, siap leh hafal lagi lagu-lagu dalam tu ^_^

      Delete
  4. Memang zaman kanak-kanak kita tak ada fikir apa... =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. terbaik lah...all the best..

    ReplyDelete
  6. nasib saya dah x dpt award ni. hehe. saya pon xde teman rapat :)

    ReplyDelete
  7. jawapan last tu hampir sama je... sha rindu zaman baby.... tak payah pikir apa dah... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tidur, makan, main..ulang yang tu jer

      Delete
  8. no 6 tu dapat bayangkan betapa blushingnya muka kak masa tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss...1st time dating padahal selalu jumpa kat tempat kerja. Masing-masing malu-malu kucing..

      Delete
    2. hahahaha.. comelnya!!! teringin nak tengok masa tu XP cewah, macam boleh diulang je. haha...

      SRK is d best! :D

      saya pun x suka kalau xde kerja nk wat.hahha

      Delete
  9. samalah sis JM pun kalau ada duit dalam tangan..mmg x leh duduk diam

    ReplyDelete
  10. No 11 tu plg best. Mmg nk balik pd zmn kanak2. Bestt!

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  11. Kuch kuch ho tai hai tu antra cte hndustan yg pertama ayu tgk tau kak..heheeh tp nampak cm akk ni garang jelal

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.