Hari 6 : 11 jenis buah yang digemari
Cheq adalah seorang penggemar buah tapi lebih kepada buah-buahan yang manis. Buah yang masam kurang gemar. Walaupun suka makan buah tapi cukup malas nak mengupas kulit buah. Dulu kalau kat kampung emak akan kupas banyak-banyak buah masukkan dalam peti sejuk. Sekarang ni ja cheq jadi rajin sebabnya nak bagi anak-anak makan. Lagi satu anak-anak cheq ni memang ada masalah pelawasan selepas berhenti minum susu badan, so dengan bagi makan buah ni boleh la bantu diorang membuang dengan baik.
Masa cheq duk kat Mantin, Negeri Sembilan dulu, kalau musim buah memang tak payah nak beli dah. Ada ja penduduk kampung kat situ yang hulurkan. Maklumlah keliling rumah semuanya kebun buah-buahan. Sampai tak termakan pun ada. Dah melalut panjang dah. Jom, cekedaut buah-buahan kegemaran cheq..
1. Raja segala buah - DURIAN
2. Buah apa yang ada rambut - RAMBUTAN
3. PISANG emas dibawa belayar.
4. Kucing yang buta - MATA KUCING
5. Kulit hijau, isi merah - TEMBIKAI
6. Hitam-hitam si tampok MANGGIS
7. Mempelam, pauh atau MANGGA
8. ANGGUR - lebih suka yang takdak biji
9. DOKONG -orang ada sakit gout jangan makan yer
10. CEMPEDAK -goreng pun sodap
11. JAMBU BATU - boleh menambahkan dan memekatkan susu badan
Sekian, selesai cabaran hari ke 6.
sedapnyaa lahai tengok gambaq buah tu. manggis! lama x makan. sedap tu. buah feberet. hehek. ^_^
ReplyDeleteSusah nak jumpa kalau bukan musim manggis ni. Sedap kan..
Deletesemua tu sy sukaa....sedapnyeee (^_^)
ReplyDeleteSama la kita pun, suka buah.^_^
DeleteOo..prnh dduk mantin? Sy org PD ;P
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
Saya duk Bahau 2 tahun, Mantin 3 tahun..
DeletePD tu selalu jugak pergi berkelah kat sana.
Durian dan mata kucing tu memang x nak berenti mkn..sedappppp..hihi
ReplyDeleteMata kucing tu kalau buat air pun sedap..
Deletedurian tu kalau makan sejuk2, haihh memang berulas-ulas. hehe
ReplyDeleteKalau akak, durian tu tak sempat nak masuk freeze dah habis, hehehe
Deletepergh durian memang terbaik kak :)
ReplyDeleteHantu durian jugak budak ni ^_^
Deletekalau sis JM semua buah suka terutama buah buahan tempatan
ReplyDeleteSaya pun kurang jugak buah-buahan luar ni. Epal, pear memang tak berapa nak makan, kecuali jadi jus.
DeleteSaya pun suka durian..tapi takleh makan banyak.kalo tembikai suka buat jus.
ReplyDeleteDurian kalau makan banyak, badan jadi panas.
DeleteSaya pun suka jus tembikai, campur laici lagi sedap.
Rindu nak makan durian dan manggis ^_^
ReplyDeleteKena tunggu musim dia la zumal. ;-)
Deletesemua buah2an sedap
ReplyDeleteSedap dan sistem pelawasan..heheh
DeleteEhh betul ke jambu batu bleh pekatkn and tmbh susu badan.. heeee fav au tuuu.. klau jmo kedai buah potong2 tu mmg beli pny
ReplyDeleteIye Ayu. Akak kalau jumpa pun memang beli tambah serbuk asam lebih..hehehe
DeleteYezza...durian...sofu suka juga
ReplyDeleteKita boleh geng la Sofu ;-)
DeleteSue hantu durian...
ReplyDeletesemua suka.. kecuali dokong.. mcm xpna mkn..huuu
ReplyDeleteahh. anggur. lama x makan. T.T
ReplyDeleteakak bagi saya mangga, cempedak dengan rambutan, kompem saya rembat semua. hahaha
ReplyDeletesedap sedap.. teruramanya manggis! heee
ReplyDelete5, 8 n 11 je Cik Mimie makan...yang lain tak..lagi2 durian..hehe..x gemar sangat..
ReplyDeleterindu nak makan jambu batu pulak skrg ni.. dah lama tak makan
ReplyDelete