:: HILANG LAGI ::

Pagi tadi terima berita sedih. Rakan sepasukan kemalangan dan meninggal dunia. Walaupun kami tak kerja satu cawangan tapi tiap-tiap hari bekerja memang cheq akan jumpa arwah. Memang sangat terkejut bila dapat perkhabaran arwah. Terbayang-bayang senyuman arwah bila berjumpa, ramahnya arwah tak kira pangkat dan usia. 

Kejadian berlaku dalam jam 5 pagi semasa arwah dalam perjalanan ke tempat kerja. Arwah naik motorsikal, dengar khabarnya bertembung dengan 2 lagi motorsikal. Arwah meninggal ditempat kejadian. Mangsa kedua meinggal di hospital dan mangsa ketiga cedera parah. 

Lain sangat rasanya harini bila lalu depan sekolah PC. Selalunya time tengahari arwah akan bertugas jaga lalulintas depan sekolah tu. Harini arwah takde, memang terasa sangat. Kalau cheq lalu, mesti dia dah jerit nama cheq. Kalau cheq melawat lokap, arwah yang bertugas memang cheq takdak peluang nak mintak diri. Arwah rajin sungguh bersembang. 




Sebelum tu, ada jugak kawan-kawan seperjuangan yang sedar perubahan dia. Masa jaga jalan untuk hari pencalonan haritu, arwah dikatakan tertidur di tengah jalan sambil berdiri. Setelah dikejutkan, barulah arwah tersedar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah swt.




16 comments:

  1. Innalilahiwainnailaihirajiun. ..Alfatihah. ..salam takziah dari SA

    ReplyDelete
  2. Innalilahiwainnailaihirajiun. ..Alfatihah.. Takziah sis...

    ReplyDelete
  3. Innalilahiwainnailaihirajiun.. salam takziah dari Eyda.. memang kita akan terasa kehilangannya.. kena plak kita biasa dengannya..

    ReplyDelete
  4. Takziah dari Kitew awak.
    Selalunya orang yang baik-baik dan beriman akan diambil nyawanya dulu.

    ReplyDelete
  5. Innalillah. Salam takziah pd keluarga arwah. Sedihnya rasa..

    ReplyDelete
  6. Innalilahiwainnailaihirajiun.. Al-fatihah.
    *pagi ni zaza klik saving mama ;)

    ReplyDelete
  7. moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman

    ReplyDelete
  8. Salam takziah buat keluarga arwah..ajal maut semua diatas-Nya..moga roh arwah ditempatkn dikalangan org2 yang diredhai..amin..

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  10. takziah buat keluarga arwah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..insyaallah amin.

    Al-fatihah

    ReplyDelete
  11. Innalillah..Allahu, takutnya jadi penunggang motosikal..harap djauhkan...

    ReplyDelete
  12. ma, tadi wanie search keyword sedih, blog mama antara yang teratas ada dalam google..tahniah mama!

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.