:: REZEKI ANAK-ANAK ::

Petang semalam cheq menghadiri mesyuarat tahunan PERKEP. Persatuan anggota polis wanita, kakitangan polis wanita dan isteri-isteri polis. Datang daftar ja dah dapat cenderahati. 

Cenderahati. Menambahkan koleksi senduk kat rumah.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi persatuan. Lepas tu pembubaran AJK sesi tahun lepas. Tahun-tahun sebelum tu, cheq salah seorang AJK persatuan ni, tapi disebabkan cheq tak aktif, setahun ja la cheq dalam senarai tu. Tak dapat nak bagi komitmen, memanjang ada mesyuarat. Aktif sangat, tahun lepas buat rombongan ke Bali. Insyaallah tahun ni perancangan nak ke Vietnam pulak. Kena kumpul duit la kalau nak ikut sama.

Tapi, cheq datang mesyuarat ni bukannya nak dengar apa sangat pun. Nak tunggu cabutan bertuah ja. Sesi cabutan bertuah yang terakhir pulak tu, jadi kena la tunggu sampai habis mesyuarat. Kali ni hadiah cabutan bertuah memang sangat menarik. Macam-macam ada. Cheq memang selalu bertuah. Tiap-tiap tahun mesti jer dapat. Tahun ni dapat hamper penuh dengan jajan, jadi rezeki untuk anak-anak la.


Dalam kereta, Damia dah peluk hamper ni. Dia dulu yang pegang jadi dia yang punya. Tak sempat masuk rumah, dah terburai plastik tu. Jimat la sikit, minggu ni tak payah beli jajan dah.

13 comments:

  1. Alhamdulillah murah rezeki mama. Cabutan bertuah depa buat hujung2 nak suruh org dgr smp habis majlis ^^

    ReplyDelete
  2. suka kan mama budak2 tgk hamper ni, bertuah lah mama kranya ye hehe ;)

    ReplyDelete
  3. Assaam an,
    he3
    best la uols slalu bertuah dapat cabutan bertuah
    iols ni memanjang tak dapek sob3

    ReplyDelete
  4. Sungguh bertuah Mama :) heheh..betul tu rezeki anak-anak..semoga terus dimurahkan rezeki Mama :)

    ReplyDelete
  5. wah, bestnya..alhamdulillah rezeki tu kan mama..jimat sikit duit..hee

    ReplyDelete
  6. Rezeki itu jangan ditolak..heheh :)

    ReplyDelete
  7. Salam singgah pagi sis...Alhamdulillah mama...rezeki anak2 mama ni....

    ReplyDelete
  8. wah, dapat hamper besar. tahniah mama! :D

    ReplyDelete
  9. Wah memang bertuah la..sy kalo de cabutan gitu tak pernah dpt haha

    ReplyDelete
  10. wah, murah rezeki akak ni. hihi. seronoklah anak2 akak dapat hadiah! :)

    ReplyDelete
  11. Anak membuatkan rezeki kita bertambah kan.
    Tapi kitew tak ada anak lagi..
    Masih menanti.....Sp...sop...sop

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, rezeki tu..hamper, bukan budak-budak je suka..saya pun suka..hehe

    ReplyDelete
  13. hehehe dapat hamper memang meriah.. meriah nak tolong bukak lepas tu
    agih2kan ehehe.. kutip yg mana best dulu miahaha..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.