:: TAHUN SATU 2017 ::

Siang tadi selesai cheq daftarkan anak kedua cheq Diyanah untuk masuk tahun 1 sessi 2017. Kali ni cheq daftarkan Diyanah awal-awal lagi. Termasuk Diyanah baru 30 orang yang datang berdaftar. Mudah jer kali ni sebab dah tahu apa yang perlu dibawa, tu pun cheq terlupa nak bawa salinan sijil nikah. Disebabkan kakak dah bersekolah disini, jadi tak jadi masalah.


Sesetengah sekolah dah guna sistem online untuk ibubapa isi sendiri. Tapi kat Kelantan ni masih pakai secara manual lagi rasanya. Cuma pihak sekolah yang akan isi secara online dan ibubapa perlu mengesahkan pendaftaran anak-anak dengan pihak sekolah sekali lagi.

Pengalaman lalu semasa nak daftar kakak. Memang dah lambat sangat. Hujung tahun baru ingat nak daftar kakak darjah satu. Masa tu kakak pun dah umur 6 tahun. Pergi kebanyakan sekolah kena reject, sebab dah cukup kuota. Terpaksa la guna kabel pengetua tadika kakak. Nasib baik kabel tu besar. Tak pasal-pasal kena bebel dengan pengetua. Tahun ni memang alert sangat-sangat nak daftar Diyanah sekolah. Akhirnya berjaya jugak.
Tunggu pengesahan bulan 8 tahun depan. Insyaallah ada tempat Diyanah kat sekolah ni sebab keutamaan diberi kepada murid yang ada kakak atau abang yang dah bersekolah di sekolah yang sama.

15 comments:

  1. Bagus juga reg awal2 kan mama..nanti x la kena reject.. :)

    ReplyDelete
  2. sama ;) mmm sekarang kena register awal-awal
    even tuk sek agama jaim arab umur dalam satu tahun pon depa ambik kalo tak penohhhh

    ReplyDelete
  3. elok awal2 ...takut2 terlupa nanti
    walaupun 2 tahun lagi :)

    ReplyDelete
  4. Awal juga kena daftarnye ye..tak mcm dulu..cukup tahun terus je g sekolah dftar..komuniti skrg dah semakin ramai :)

    ReplyDelete
  5. Awal juga kena daftarnye ye..tak mcm dulu..cukup tahun terus je g sekolah dftar..komuniti skrg dah semakin ramai :)

    ReplyDelete
  6. masuk jer bulan 3 memang masa untuk mendaftarkan anak2.. jadinya kena selalu aware laa dengan tarikh2 nih.. kalau lambat takut tak dapat sekolah yang diminta jer sebabnya dah ramai sangat pelajar.. yang sulung dulu masa 6 tahun just tukar sekolah sebabnya pindah rumah.. cari sekolah yang berdekatan laa.. nasib prosesnya senang dan cepat.. tapi memang bertanya sini sana jugak laa..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Sue pun dah register sekolah anak sue utk thn 2017 ^^

    ReplyDelete
  8. dekat pahang pun guna manual lagi

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. dengar mcm jauh sgt 2017 tpi apa semua benda nak kena buat awal kan mama hehe..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.. dah buat awal nanti senang kan.. ^_^

    ReplyDelete
  11. tudiaaa awal daftarnya.. tapi untuk senangkan urusan apa salahnya kan..
    eloklah daftar awal-awal so that nanti x berdepan masalah yang sama =)

    ReplyDelete
  12. senanglah kalau macam tu.. xpe, kesilapan yang lalu kita belajar... nasib baiklah ada kan...

    ReplyDelete
  13. kelantan kat mana kak? XD kita belajar kat IPKB, :)

    ReplyDelete
  14. Akak duk kat KB tapi kerja kat pengkalan chepa.

    ReplyDelete
  15. Akak duk kat KB tapi kerja kat pengkalan chepa.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.