KAD RAYA LAGI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setelah beberapa tahun lamanya cheq tak terima kad raya.
Tahun ni berderet-deret cheq terima kad raya.
Itulah untungnya ada kawan-kawan blogger yang kreatif mencipta kad raya sendiri.

Hari raya keempat cheq masih lagi terima kad raya.
Biarlah orang nak kata old fashion pun tapi itulah nostalgianya.




First sekali cheq terima daripada sis Suria Amanda . Sebenarnya ini adalah kad raya yang kedua cheq terima dari SA. Mungkin SA terlepas pandang ataupun ada kad raya yang lebih. Hehehe...  Cheq ada baca entri SA tentang nak bagi kad raya ni, cheq pun terus emailkan alamat cheq kat SA. Terima kasih ya SA.

Yang keduanya adalah kad raya dari Mommylizz. Cheq ada menang giveaway yang dianjurkan oleh Mommylizz iaitu Segmen Saya Nak Kad Raya By Mommylizz . Kad raya direka dan dihiasi dengan gambar-gambar produk dari Shaklee nampak begitu cantik sekali. Terima kasih Mommy Lizz.

Yang ketiga ni pun, cheq menang kad raya dari segmen Kad Raya GA By Nina. Tuan punya blog Nina Ahmad iaitu blogger utara tentunya yang reka kad raya ni. Comel kad rayanya dengan gambar seorang perempuan ayu berbaju kebaya warna biru. Terima kasih Nina.

Nanti cheq nak deko ofis cheq dengan mengantungkan kad-kad raya ni. Lagipun raya kan sebulan.

10 comments:

  1. tahniah mama, sue pun suka juga kumpul kad raya..rindu zaman sekolah sbb waktu tu la terima kad raya paling banyak..

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer!!!! mamamyja dah lama x dapat kad raya cam nih dah. semua whatsapp jerk. hehehe

    ReplyDelete
  3. bertuah mama.. zaza pun ada dapat..happy pulak bila nostalgia lama bangkit kembali.

    ReplyDelete
  4. mari sini blogwalking... terima kasih join segmen Yana... nie link untuk blogwalking http://officalmissyana.blogspot.com/2015/07/peserta-segmen-aku-nak-blogwalking-by.html

    ReplyDelete
  5. best kan?
    sgt best dpt kat raya :)

    ReplyDelete
  6. wahh bestnye. akk taknak bg kite kad raye ke? hihi

    ReplyDelete
  7. Assalam ann,
    best3
    tambah koleksi gitew :)

    ReplyDelete
  8. comel kan kawan2 blog.. kasi kad raya =)

    ReplyDelete
  9. Eh I bagi 2 eh..hahaaha...untung la kan...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.