MERIAH DENGAN KAD RAYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


4 atau 5 hari lagi kita nak menyambut Syawal tapi atas meja cheq penuh lagi dengan fail-fail.
Dalam usaha nak clearkan meja sebelum bercuti raya ni dan nak hias ofis cheq dengan kad-kad raya yang cheq dapat ni.
Jeles budak-budak ofis bila tengok cheq dapat banyak kad raya.
Itulah, kita ada banyak kawan tau.. hehehe




Sebenarnya kad-kad raya ni bukan lah cheq dapat semuanya sekali gus.
Dapat harini, cheq simpan dulu kononnya nak ambik mood dulu nak buat entri.
Esoknya cheq dapat lagi kad raya.
Alang-alang tiap-tiap hari cheq dapat kad raya, maka cheq kumpul semua buat entri sekaligus.

Terima kasih kepada Ruqaiyah AmaninaJari Manis (JM)Fuza MusaDunia ZumalSURIA AMANDA dan Aida Adianiez kerana sudi hantar kad raya kat cheq. Jugak sudi menjadi kawan cheq walaupun kita tak pernah bersua muka. Terharu baca kata-kata yang korang tulis dalam kad tu. Harapnya persahabatan kita ni akan berkekalan. Cheq juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya ada yang terguris perasaan bila ada tulisan-tulisan cheq yang menyentuh hati dan sanubari korang. Kita KOSONG-KOSONG yer...

Notajarihalus : Untuk JM, nanti cheq jawab semua persoalan JM di entri yang akan datang.

12 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.