SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Rasanya belum terlewat cheq nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya kita menyambut hari kemenangan.
Pastinya kita akan merindui waktu-waktu bersahur dan berbuka.
Nak ambik masa jugak nak biasa macam sebelumnya.

Cheq baru sempat bersiaran kerana cheq balik beraya di kampung.
Bila dah ada di kampung, cheq secara automatiknya akan jadi anti sosialmedia.
Telepon pun kadang-kadang tak ingat letak kat mana.

Tak sanggup rasanya beraya di perantauan menyebabkan cheq dan keluarga membawa diri balik beraya di kampung.
Cik husband cheq yang sepatutnya bekerja di hari raya pun, cari ikhtiar adjust kerja semata-mata nak beraya di kampung.
Walaupun sekejap ja berada di kampung, kepuasan beraya bersama emak ayah dan adik-beradik tu yang paling penting.
Insyaallah, ada rezeki, panjang umur raya haji ni balik beraya di kampung lagi.

Cheq akhiri coretan ini dengan ucapan 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
KOSONG-KOSONG

6 comments:

  1. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin dari SA dan family

    ReplyDelete
  2. Tak pa la...bertugas demi negara eceh..Anyway...tak lambat lagi kot..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri.maaf zahir dan batin..
    nak duit raya!!

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya mama :) Maaf zahir dan batin jika ada terguris atau tersentap selama kita kenal ni ye....hehehe #kosongkosong

    ReplyDelete
  4. Samat ari raye maap zahir batin.
    raye sebulan

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.