DUIT ROSAK. APA YANG BOLEH DIBUAT?


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jadi viral baru-baru ni dalam Facebook mengenai wang kertas yang disimpan oleh seorang pakcik di makan anai-anai. Al-kisahnya, cheq pernah lihat kejadian seperti ni. Masa tu cheq kecik lagi, dalam sekolah rendah lagi. Masa tu tokwan cheq kat kampung nak buat rumah batu baru. Sebelum ni duk rumah kayu ja. Bila dah punggah rumah lama, jumpa duit kertas selonggok terselit kat alang rumah. Dan kena makan dengan anai-anai. Tokwan cheq terlupa yang dia simpan duit kat alang rumah. Lepas tu cheq dah taktau apa depa buat dengan duit tu.

Gambar yang menjadi viral sebelum ini

Sekadar gambar hiasan


Kalau terjadi macam ni, samada duit dimakan anai-anai, terkoyak atau terbakar jangan dibuang. Sebaliknya bawa duit-duit tersebut ke Bank Negara Malaysia. Diaorang akan nilaikan duit-duit tersebut dulu dan kemudian akan ditukarkan kepada duit yang baru.

Jika duit tersebut terkoyak atau rosak tidak melebihi 2/3 dari saiz asal, pemilik duit tersebut akan menerima duit baru dengan jumlah yang sama dengan duit yang rosak tu. Tak akan terkurang sikit pun.

Malah, jika duit tersebut rosak atau terkoyak kurang dari 2/3 tetapi melebihi 1/2 daripada saiz asal, pemiliknya akan menerima separuh daripada jumlah wang rosak tu. Oklah tu, dapatlah jugak daripada buntang mata tengok duit rosak kannn.

Jadinya, kalau ada duit banyak-banyak tu, silalah simpan di tempat yang selamat macam di institusi kewangan. Jangan simpan di tempat sebarangan yang tak dijamin keselamatannya macam berlaku kebakaran, banjir, rompakan dan macam-macam lagi. Kejadian camni banyak berlaku dikalangan orang-orang lama yang tak berapa nak percaya dengan institusi kewangan ni.

Lagi satu, kalau terjadi apa-apa kepada duit tu, jangan terus dibuang. Sebab duit yang rosak tu bukan bermakna tak boleh guna terus malah ianya masih ada nilai.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹



1 comment:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.