TIADA CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


kementerian_pendidikan_transformed_0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial.

Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan.

“Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim persekolah sejak awal tahun.

“Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan,” katanya ketika dihubungi BH.

Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar itu.-BH.

Info – Cuti sekolah sempena Aidilfitri

* 3 hingga 9 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

* 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

5 comments:

  1. Sekarang ni banyak snagat berita tak berapa sahih dekat media sosial kan. Huhu

    ReplyDelete
  2. tu la ad aterbaca gak tak percaya pun pasal tu

    ReplyDelete
  3. memang ikut takwim sedia ada je..

    ReplyDelete
  4. Banyak berita tak sahih di media sosial sekrang. Kena tengok berita di tv atau baca paper juga baru boleh percaya

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.