IBU YANG BAIK


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ibu yang baik bukanlah ibu yang melahirkan anak secara normal, dan bukan juga yang melahirkan secara caesarean.

Ibu yang baik bukan yang beri susu badan, bukan juga yang campur susu badan dan susu formula, bukan juga yang hanya beri susu formula saja.

Ibu yang baik bukan yang letak anak di bawah jagaan bibik, bukan juga yang mengasuh anaknya sendiri.


Ibu yang baik bukan ibu yang 'stay at home mother', bukan juga 'work from home mother', bukan juga yang bekerja di ofis.

Tapi ibu yang baik adalah ibu yang terima diri dan takdirnya seadanya, menjadi versi ibu terbaik untuk anak-anaknya, yang membesarkan anak-anaknya tanpa menjadi hakim dan ego bahawa dialah ibu yang paling betul dalam segala hal dan paling bijak menjaga keluarga.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

1 comment:

  1. Semua ibu adalah terbaik ^^ Terima kasih wahai ibu dan bakal ibu tanpa ibu kita takkan ada di mana kita ada skrg :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.