BERSILAU BEG KERJA BARU



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bila tengok beg kerja cheq tu buruk sangat, macam malu plak nak bawak. Sebenarnya beg cheq tu, condition kat dalamnya masih ok. Talinya masih utuh, zip pun tiptop lagi, cuma kulit beg tu ja dah mengelupas. Jadi, tukarlah pakai beg baru.



Yang syoknya beg baru ni cheq tak keluarkan duit untuk dapatkannya. Setiap tahun memang cheq akan dapat beg untuk keseragaman dan keperluan tugas.

Beg ni bukan setakat bawak pergi kerja jadi. Keluar jalan-jalan, pi shopping pun cheq guna beg ni. Macam-macam boleh isi sebab dalamnya luas dan talinya boleh dilaras panjang dan pendek. 


Tapi cheq teringin jugak nak beli beg yang berkaler-kaler. Ni sikit-sikit beg warns hitam ja.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

3 comments:

  1. jabatan kami 3-4 thn sekali, ann.
    polis perlu la kot, wajib pakai.
    aida punyer ari tu pakai tiap hari sampai rosak.
    now pakai la beg kalerful :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.