KESAN BURUK UNTUK YANG SUKA BERLAPAR SEBAB NAK KURUS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Nak kurus macam mana sekalipun, janganlah sampai berlapar. Tabiat ini sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan. Kat bawah ini merupakan antara 6 akibat buruk untuk orang yang suka berlapar untuk diet termasuklah diri cheq ni. Patutlah susah sangat nak turunkan berat badan.



1. Fikiran Lesu dan Keliru

Betul tu. Fikiran kita akan jadi lemah disebabkan badan kita tak cukup tenaga. Jika gula dalam badan kita rendah, fikiran akan jadi tak betul dan akan jejaskan tumpuan serta mood kita.

2. Cepat Marah

Kalau lapar, mood manusia akan jadi tak menentu. Salah satunya, akan cepat melenting.

3. Kuat Makan

Kalau tak makan ikut waktu sepatutnya, kajian mendapati seseorang akan lebuh terdorong untuk makan lebih banyak. Selain itu, kita akan lebih cenderung untuk makan makanan yang lebih kalori.

4. Tinggalkan Senaman

Bila berlapar, tubuh akan jadi lebih tak bermaya. Bila dah lemah, nak bersenam pun rasa malas. Jadi apa guna berdiet tanpa bersenam kan..

5. Seluar Lebih Ketat

Tahukah, berlapar sangat tak bagus sebab badan kita ada sejenis hormon yang mendorong pembentukan lemak. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.

6. Mulut Berbau

Katone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang. Jadi, apabila badan kita kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan nafas berbau.


~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

4 comments:

  1. Setuju dengan semuanya. Tambah lagi fakta bila lapar, kita cepat marah. Hehe

    ReplyDelete
  2. buat detoks insyaallah turun berat tanpa perlu belapar. boleh whatsapp sy untuk details. 0129755310 :)

    ReplyDelete
  3. sib baik aida bukan jenis suka berlapar hi hi hi...
    memang nan hado la nak jadik kurus :)

    ReplyDelete
  4. betul2 diet cara salah memang akan jadi begitu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.