CABARAN MEE RAMEN PEDAS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tengok orang makan, cheq pun teringin jugak nak makan jugak. Tapi masih teragak-agak nak beli bila tengok orang lain punya review. Macam pedas sangat rasanya.

Cheq dah dicabar oleh member cheq. Dia bagi 2 bungkus mee ramen ni untuk cheq cuba, sebabnya cheq dah perlekehkan dia takleh habiskan makan mee ni. 

Bila dah ada depan mata, tak sabar pulak nak makan. Nak jugak tahu tahap kepedasan mee ni. Suapan yang pertama  dah dapat rasa kepedasannya. Rasa macam nak meletup mulut. 




Tapi bila minum air lagilah bertambah rasa pedas tu. Sakit pulak hati. Seriously, memang sedap. Akhirnya cheq berjaya jugak habiskan sebungkus mee ni, walaupun makan dengan bersulamkan minum air.

Ingatkan dah habis makan, dah takdak rasa pedasnya tu. Tapi, mulut ni rasa berpijar dan kembang semacam ja. Nasib naik dalam peti ais ada buah tembikai. Duk kulum buah sejuk tu dalam mulut nak bagi hilang pijar. 

So, lepas ni boleh makan lagi. Takdak istilah serik untuk cheq.



~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

8 comments:

  1. teringin nak rasa sebenarnya dok asyik tengok orang makan ja mee pedas ni.

    ReplyDelete
  2. saya makan sekali ja...pedas..tak berani pula nak makan lagi =)

    ReplyDelete
  3. boleh tahan rasa dia :D masa sy makan dulu, share beberapa orang sebab ada sebungkus je. hehe. tu yg tak rasa pedas sangat agaknya.

    saya lagi takleh terima 'pedas' style Wasabi. yg Samyang ni okay lah :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. sana sini orang citer pasal mee nih.. setakat nih belum cuba lagi laa.. dah laa jenis tak tahan pedas, rasa macam tak mampu nak makan jer..

    ReplyDelete
  5. Dah rasa! Memang pedas. Siqah makan sikit je cukuplah merasa. Huhu. Tak boleh nak habiskan. Memang tak mampu. Siqah bukan orang makan pedas pun 😅

    ReplyDelete
  6. pedas sangat ke? saya belum pernah rasa lagi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.