RAHSIA MENGISI MINYAK KENDERAAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



 Oleh : Razzlyn Rosli


1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika kita mengisi minyak di waktu tengahari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak kita.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh

Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Isi minyak petrol ikut liter

Amalkan pengisian minyak dalam liter bukannya ringgit.

p/s : jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan hand phone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak.


~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~








5 comments:

  1. A good info.. Bab isi minyak masa pagi atau waktu malam selalu praktik jugak. Masa pergi kerja dan balik kerja..

    ReplyDelete
  2. no 1 dan no 2 tu aida selalu gaks amalkan.
    maklum ler, keje merentas negeri.
    yg no 3 tu bakal di amal kan :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas informasi =)

    ReplyDelete
  4. info yang sangat bagus hihihihi ekin isi minyak tak pandai langsung kena belajar gak nanti ni

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.