السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pagi tadi lepas sahur, cheq nak seterika la seluar kerja, rasa macam ada sesuatu ja dalam poket seluar tu. Mulanya takut jugak nak seluk poket tu, takutnya lipas dah keras mati kejung ka. Raba-raba dulu dari luar, bila dah macam dapat dikenalpasti objek tu, baru cheq seluk.
Rupanya pen drive cheq. Macamana la boleh terlupa nak keluarkan dari poket seluar sebelum dibasuh. Maknanya pen drive cheq tu dah dibasuh sekali dengan segala kain baju dalam mesin basuh. Dan akhirnya dibilas dengan pewangi pakaian. Hmmmm...bila dicium, memang wangi pen drive cheq tu. 😭😭😭
Yang merisaukan cheq ni, dokumen- dokumen yang ada dalam tu semuanya penting. Kalau hilang jenuh nak cari dan taip balik. Dahla cheq ni, bab menaip masuk dalam kategori F. Sampai ofis pagi tadi, terus cheq try buka pen drive tu. Alhamdulillah, masih boleh dibuka dan semua dokumen masih ada. Cepat ja send semua dokumen tu ke email cheq, kompom tak hilang dah.
Pengajarannya, rajin-rajin la basuh kain baju yang tak berapa kotor tu dengan tangan ja. Dah kompom kita akan pegang dan dapat rasa kalau ada sesuatu dalam poket tu.
🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹
PEN DRIVE MASUK MESIN BASUH