Showing posts with label penipuan. Show all posts
Showing posts with label penipuan. Show all posts

PENIPUAN TANAH


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


SCAM ALERT : Elakkan dari menjadi mangsa!

Pihak polis mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati ketika berurusan dalam bidang hartanah. Kes penipuan tanah pada kebiasaannya didalangi oleh orang perseorang ataupun sindiket. Saspek kes tipu tanah ini akan memperdaya wang mangsa dengan cara menjual atau membeli tanah atau dokumen tanah yang tidak wujud dan bukan miliknya.

📌  Saspek biasanya akan datang ke rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri kononnya wakil dari syarikat besar yang mahu menyewakan tanah untuk projek pembinaan.

📌  Bagi menyakinkan lagi mangsa, saspek kemudian akan memberitahu tempoh sewaan dan bagaimana bayaran lumayan akan dibuat terhadap mangsa.

📌  Untuk mengelakkan cukai, saspek akan meminta mangsa mengeluarkan semua wang simpanan di dalam bank dan serahkan kepada saspek sebelum saspek akan membayar  bersama wang sewaan tanah.

📌  Setelah beberapa hari, wang tersebut masih lagi tidak dimasukkan ke dalam bank dan saspek gagal dihubungi.




🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

HATI-HATI DENGAN PENIPUAN KEWANGAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


SCAM ALERT : JANGAN JADI MANGSA

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS. Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat keselamatan kewangan Anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun. Sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang.

Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak yang tidak dikenali menghubungi anda.  Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan, jika anda telah menerima permintaan seperti itu, ABAIKAN!

Sumber : Bank Negara Malaysia



🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

PENIPUAN TAWARAN KERJA DI RUMAH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Elakkan dari menjadi mangsa!!


PDRM menasihati orang ramai yang ingin mencari rezeki sampingan khususnya golongan suri rumah agar berwaspada dengan sindiket yang menawarkan peluang pekerjaan d rumah menerusi ruangan iklan di akhbar tempatan mahupun atas talian.

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah memasukkan iklan kecil menggunakan alamat dan identiti palsu dalam akhbar harian bagi menjerat mangsa. Mangsa yang tertarik dengan tawaran iklan tersebut akan menghubungi / SMS nombor yang diberikan sebelum saspek mengarahkan mangsa memasukkan wang ke dalam satu nombor akaun kononnya bagi tujuan pemprosesan data di syarikat saspek. Bagi menyakinkan mangsa, saspek akan meminta mangsa menghantar maklumat diri / salinan kad pengenalan / slip bank pindahan wang tadi ke satu alamat pejabat kosong bagi mengaburi mata mangsa. Saspek kemudiannya akan menghilangkan diri bersama wang pendahuluan yang dikutip daripada mangsa-mangsanya.

 Nasihat PDRM :

- Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang minta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS.
- Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia dahulu.
- Dapatkan juga khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan.
- Sentiasa waspada dengan taktik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan.
- Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, lapor segera kepada pihak berkuasa.